Harian Metro

Ibu sewa bilik kepada lelaki

-

Saya dan ibu tinggal bersama dengan dua penyewa lain. Kami tidak mengenali dua penyewa dan itu membuatkan saya tidak selesa. Masalahnya ibu saya menyewakan dua bilik itu bagi mencari wang sampingan membiayai perbelanja­an harian.

Isu penyewa saya boleh terima, cuma kurang senang ialah keduaduany­a lelaki sedangkan saya perempuan. Mujurlah saya belajar di universiti awam dan hanya pulang cuti semester, jadi saya ada ruang untuk tidak bertembung dengan mereka.

Kata ibu dia cari lelaki kerana lebih selamat dan dia menapis penyewa itu dari segi perilaku serta sikap sebelum memutus untuk terima. Tetapi akal saya menidakkan sikap ibu kerana statusnya ibu tunggal, apa perlu saya lakukan Dang Setia?

AIREEN, Puchong, Selangor

Tegurlah ibu saudari kerana ketika ini hanya saudari selayaknya berbanding orang luar. Bagi Dang Setia menyewakan bilik kepada lelaki bukan langkah wajar kerana lebih banyak buruk daripada baik. Tidak dinafikan niat ibu itu agak relevan tetapi ia tidak menepati budaya mahupun agama.

Malah, Islam melarang perkara menimbulka­n prasangka mahupun mendekati perkara mungkar seperti tinggal serumah dengan lelaki bukan mahram.

Selain itu, ibu seharusnya fikirkan saudari yang tinggal di rumah turut dihuni dua lelaki lain. Apa kata tetangga dengan tindakan ibu boleh mendatangk­an fitnah baik saudari atau terhadap ibu.

Dang Setia pun hairan mengenai dua penyewa lelaki turut memilih untuk menyewa rumah dihuni wanita berstatus ibu tunggal. Bukankah ibarat menempah nahas antaranya berdepan dengan penguat kuasa atas kesalahan berkhalwat.

Justeru sebelum timbul masalah lebih buruk, mohon ibu menimbang semula untuk terus menyewakan bilik kepada dua penyewa lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia