Harian Metro

Bekas isteri mahu ‘cina buta’

-

Saya bercerai hampir lapan bulan kerana sikap isteri menunjukka­n tanda curang malah enggan melayani saya di tempat tidur.

Isteri berkata dia geli dan saya suaminya tidak nampak menarik. Pelik bagi saya kerana kami berkahwin atas dasar cinta.

Saya rasa tercabar apabila isteri kata dia sanggup berkongsi bilik tidur dengan rakan sekerjanya berbanding dengan saya.

Saya tidak dapat bersabar lalu terus menjatuhka­n talak tiga kepadanya. Saya berasa malu dan tidak menyesal dengan tindakan itu.

Anak saya berusia empat dan dua tahun. Kedua-duanya diuruskan saya dan adik perempuan yang tinggal di kawasan perumahan sama.

Baru-baru ini isteri mengajak kami berbaik. Dia merayu termasuk menyatakan permintaan untuk membesarka­n anak bersama.

Saya akui ada juga ‘terusik’ dengan permintaan­nya dan dia merancang mencari cina buta untuk mengahwini saya kembali.

Tetapi hati saya keberatan setelah memikirkan kesilapan dia buat sebelum ini. Saya serba-salah Dang Setia.

MAD, Kuala Lumpur

Tepuk dada tanya iman. Adakah saudara dapat memaafkan khilaf bekas isteri apabila dengan terang dia berniat melakukan maksiat dengan lelaki lain?

Isteri yang baik menjaga maruah suaminya, selain mampu mengasuh anak mengikut ajaran Islam.

Ciri itu gagal dilihat pada bekas isteri apabila tergamak membanding­kan layanan di kamar tatkala bersama suami dengan lelaki lain.

Mengenai sikap isteri mengakui ketelanjur­annya, pada Dang Setia mungkin dia kesal tetapi sejauh mana kekesalan dan mengakui kesilapan boleh menebus kelukaan dan kekecewaan saudara, hanya saudara lebih arif.

Jangan menimbang perihal anak sematamata sebaliknya dapatkan nasihat orang tua mengenai isu berkenaan.

Mana tahu nasihat mereka lebih arif mengenai saudara dan isteri dapat membantu memberi panduan dalam pertimbang­an ingin dibuat saudara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia