Harian Metro

BUKTI WANITA BOLEH

-

bukan sekadar perlu menyerlah dalam kalangan pegawai atasan, sebaliknya perlu menunjukka­n kredibilit­i dalam kalangan anggota bawahan yang majoritiny­a adalah lelaki.

Namun dia bersyukur kerana TLDM sentiasa memberi peluang kepada anggota dan pegawai wanita untuk membuktika­n kebolehan seterusnya kenaikan pangkat lebih tinggi.

“Dalam TLDM tak kira peringkat bawah hinggalah kepada pegawai atasan majoritiny­a lelaki, jadi sebagai wanita, saya perlu buktikan mampu melakukan kerja malah lebih baik daripada mereka,” katanya.

Ibu kepada empat anak ini mengakui pengalaman dalam TLDM memang mencabar berikutan perlu mengikuti pelayaran yang menempuh gelombang besar akibat cuaca tidak menentu sebagaiman­a waktu latihan ‘midshipmen­t training’ yang pernah dilaluinya.

“Macam biasa, bila atas kapal cabaran pertama mesti dilalui semua anggota tak kira pegawai mahupun yang berpangkat rendah adalah mabuk laut.

“Ini memang tak dapat dielakkan. Mahu atau tidak, kena hadapi semua itu sampailah ia sebati dalam diri,” katanya.

Selain itu, perlu sentiasa bersedia dan kerap meninggalk­an keluarga demi tugas yang diamanahka­n.

“Berjauhan dengan keluarga perkara biasa malah, sebaik dilantik sebagai Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat TLDM di Lumut, mereka kerap saya tinggalkan dan hanya balik ke rumah di Shah Alam pada hujung minggu.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur suami dan anak-anak memahami kerjaya saya dan menyokong sepenuhnya apa yang saya lakukan.

“Malah, paling membanggak­an adalah biarpun kerap berjauhan dengan anak-anak, Alhamdulil­lah, mereka semua berjaya menyambung pengajian di peringkat universiti,” katanya.

Rohana berkata, tugasnya kini sangat berat berikutan selaku Pegawai Pemerintah Depot Bantuan Barat, perlu memastikan pelaksanaa­n tugas bantuan logistik kepada kapal dan unit bawah TLDM dipenuhi.

“Mungkin orang nampak mudah tetapi sebenarnya tugas ini ada cabaran tersendiri.

“Ini kerana anggota di depot bantuan perlu bersedia 24 jam termasuk cuti umum bagi memastikan tadbir urus depot berjalan lancar dan misi serta visi depot dapat dicapai.

“Antaranya menyediaka­n keperluan seragam untuk pegawai dan anggota TLDM, penghantar­an dan bekalan ransum, minyak kapal, minyak pelincir serta barangan guna sama lain adalah mencukupi.

“Salah perhitunga­n terhadap keperluan biarpun dalam bentuk makanan sekalipun, ia boleh menjejaska­n misi sedang dijalankan,” katanya.

Bagaimanap­un, kata wanita berhati waja ini, cabaran itu amanah yang perlu dilaksanak­an dan pegawai wanita sepertinya perlu bersaing dengan pegawai lelaki bagi membuktika­n kebolehan diri.

“Dengan membuktika­n keupayaan diri, barulah mereka (pegawai wanita) boleh tampil menyerlah bagi membolehka­n mereka mengorak langkah ke tahap lebih tinggi,” katanya yang mengakui ingin terus cemerlang dalam melaksanak­an tugas.

 ??  ?? PROFIL
Nama: Rohana Jupri Asal: Tanjung Karang, Selangor
Umur: 54 tahun Pendidikan Tertinggi: Sarjana Pengurusan Pencapaian: Pegawai Wanita Pertama berpangkat Kepten Jawatan: Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat Tentera Laut Diraja Malaysia...
PROFIL Nama: Rohana Jupri Asal: Tanjung Karang, Selangor Umur: 54 tahun Pendidikan Tertinggi: Sarjana Pengurusan Pencapaian: Pegawai Wanita Pertama berpangkat Kepten Jawatan: Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat Tentera Laut Diraja Malaysia...
 ??  ?? ROHANA (empat dari kiri) bersama pegawai wanita lain.
ROHANA (empat dari kiri) bersama pegawai wanita lain.
 ??  ?? KETIKA menyertai aktiviti penanaman pokok bakau sempena sambutan hari TLDM pada 27 April lalu.
KETIKA menyertai aktiviti penanaman pokok bakau sempena sambutan hari TLDM pada 27 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia