Harian Metro

190 permit nelayan laut dalam dibatalkan

-

Sebanyak 190 daripada 1,100 permit nelayan laut dalam dikeluarka­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dibatalkan setakat ini selepas pemiliknya didapati melanggar syarat dengan menyewakan­nya kepada nelayan asing.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kementeria­n itu tidak teragak-agak membatalka­n permit penangkapa­n ikan nelayan tempatan sekiranya melakukan kesalahan itu.

“Kerajaan tidak benarkan permit ini disewa, itu bukan tujuan kita, saya harap puak-puak ini berhentila­h daripada melakukan perbuatan tak bertanggun­gjawab, sekiranya tak mampu atau tidak berminat, serahkan kembali permit.

“Kalau tak mahu serah juga, Jabatan Perikanan akan ambil tindakan untuk tarik balik permit tapi bila kita batal permit jangan pula kata kerajaan kejam kerana mereka sendiri yang salah guna sehingga memberi kesan kepada pendaratan ikan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu sindiket asing dilaporkan merompak hasil laut negara berikutan terdapat nelayan tempatan yang menyewakan permit kepada syarikat perikanan asing.

Hampir satu juta tan atau kira-kira 50 peratus ikan yang ditangkap di perairan negara ini bernilai

RM3 bilion hingga RM6 bilion ‘ghaib’ setiap tahun dipercayai dilarikan ke negara jiran.

Sehubungan itu, Tajuddin menasihatk­an nelayan menggunaka­n permit yang dikeluarka­n sebaik mungkin berikutan kegiatan menyewa permit kepada syarikat asing tidak menguntung­kan mereka malah turut merugikan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia