Harian Metro

TANGKIS DAKYAH

- Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

Biro IT perlu beri tumpuan gerak kerja parti

Jangan ada musuh dalaman kalau nak menang pilihan raya. Ingatan itu diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak kepada jentera parti yang mahu mereka menumpukan kepada serangan untuk menangkis dakyah pembangkan­g.

Katanya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang semakin dekat menuntut kerja keras dan bukannya menyerang sesama sendiri yang boleh menjejaska­n sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Menurutnya, Biro IT UMNO juga memerlukan isi kandungan yang lebih menarik untuk memastikan rakyat dapat mengikuti perkembang­an semasa menerusi platform parti dan bukannya pembangkan­g.

“Tolong sampaikan berita apa yang kita sudah buat untuk negara. Kita sudah buat banyak, ambil contoh bajet. Pembangkan­g tidak boleh jawab dan kita boleh beritahu pembangkan­g tak konsisten.

“Menerusi media sosial, kita lihat ia sudah terbukti sama ada berita itu benar, separuh benar atau tidak benar sama sekali boleh tersebar luas dalam sekelip mata.

“Kalau kita tidak bertindak cepat, tepat dan tular, kita akan terlepas dan tidak buat apa yang kita patut lakukan. Kita ada telefon pintar, kita boleh gunakan sebagai lidah kita,” katanya ketika merasmikan penutupan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Antara yang turut menjadi panel termasukla­h Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Mazlan Ismail.

Perdana Menteri berkata, jentera media sosial UMNO juga perlu menterjema­hkan politik baru kepada rakyat menerusi media sosial dan ia perlu diberikan penumpuan dalam gerak kerja parti.

“Media sosial adalah satu wahana untuk mempengaru­hi pemikiran rakyat. Sebab itu saya anggap sebagai sangat mustahak dalam dunia maya. Kalau UMNO tidak bersedia, kita akan terima bahana yang tidak kita ingini. Kita tak boleh buat urusan seperti biasa. UMNO perlu berubah,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersama orang ramai di Konvensyen Media Sosial UMNO di PWTC, semalam.
NAJIB bersama orang ramai di Konvensyen Media Sosial UMNO di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia