Harian Metro

NANNING KOTA MUSANG KING

-

Cadang jadikan Festival Durian Malaysia acara tahunan di China

Kejayaan penganjura­n Festival Durian Malaysia 2017 (FDM 2017) di Hang Yang City South Square Nanning, Guangxi, di sini, sehingga mendapat jolokan bandar raya Nanning sebagai Kota Musang King.

Ia dinyatakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar Nanning Sui Guohua yang merasmikan FDM 2017, di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, hasil daripada kejayaan itu, beliau bercadang untuk menjadikan festival berkenaan sebagai acara tahunan di republik itu.

“Saya sudah bercakap dengan Timbalan Datuk Bandar Nanning dan beliau sangat gembira dan menyatakan Nanning beruntung kerana sudah mendapat jolokan sebagai Kota Musang King.

“Sekarang ini, kita sudah ada permintaan bukan setakat di Nanning, malah wilayah lain seperti Beijing, Xiamen dan Guangzhou bagi penganjura­n bukan sekadar durian, tetapi kita ada nanas, nangka dan permintaan produk lain berasaskan akuakultur seperti udang.

“Saya difahamkan ada pengunjung yang mengambil cuti sejak semalam dari Shenzhen dan Guangzhou, sanggup menaiki kereta api selama empat jam semata-mata mahu merasai keenakan Musang King.

“Ia memberi nilai tambah kepada bandar raya ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian MDF2017.

Turut hadir, Timbalan Gabenor Guangxi Zhuang Wilayah Autonomi China Zhang Xiaoqin, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Duta Besar Malaysia ke Beijing Datuk Zainuddin Yahya.

Beliau berkata, jika dibuat perhitunga­n jumlah tan sebulan daripada sebuah syarikat dan andaikan RM50 untuk satu kilogram durian, dengan kuantiti 100 tan, akan memperoleh RM5 juta sebulan.

“Ini bermakna potensinya RM60 juta setahun. Tetapi kalau harganya lebih tinggi dan pelbagai syarikat, sudah tentu akan jadi besar lagi. Cuma, adakah kita berupaya menghasilk­annya mengikut syarat dan keperluan oleh China,” katanya.

Katanya, sekiranya usaha itu dapat direalisas­ikan, jumlah permintaan hasil pertanian Malaysia ke China boleh mencecah RM12 bilion setahun.

“Sebab itu kita menyasarka­n tiga tahun untuk membuat persiapan dan menjelang tahun 2020 kita mesti pergi ‘full gear’ bagaimana mencapai permintaan berkenaan.

“Bagi petani Malaysia, ini peluang yang perlu kita rebut. Isu barang mereka tidak ada harga dan pasaran tidak benar. Pasaran itu ada cuma, persiapan kita untuk memenuhi permintaan berkenaan dan ini sumber yang perlu kita rebut,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Yv Lin Feng, 31, berkata, dia sudah dua hari berkunjung ke festival itu kerana tidak puas menikmati keenakan Musang King.

 ??  ?? AHMAD Shabery memperkena­lkan durian Musang King selepas perasmian Festival Durian Malaysia 2017 di Hang Yang City South Square, Nanning.
AHMAD Shabery memperkena­lkan durian Musang King selepas perasmian Festival Durian Malaysia 2017 di Hang Yang City South Square, Nanning.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia