Harian Metro

AJAL EMPAT SEKELUARGA

 Semua mangsa meninggal dunia tersepit dalam kereta bertembung bas persiaran

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Empat orang dipercayai dari satu keluarga maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di depan Penjara Maran, Pulau Kerengga di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 petang itu, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaan yang remuk.

Ketika kejadian, kereta Proton Iswara berkenaan dalam perjalanan dari arah Dungun ke Marang manakala bas terbabit dari arah bertentang­an.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila kereta terbabit dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum masuk semula ke laluan asal.

Bagaimanap­un, bas persiaran terbabit yang pada mulanya cuba mengelak kereta dengan masuk ke kanan jalan sebelum bertembung dengan kereta terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Hassan Embong berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan pada jam 6.46 petang sebelum enam pegawai dan anggota bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera.

Menurutnya, usaha mengeluark­an mangsa mengambil masa agak lama berikutan keadaan kereta yang remuk dan terperosok di depan bas.

“Kerja mengeluark­an semua mangsa berkenaan selesai jam 8.30 malam.

“Mayat semua mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat,”katanya.

 ??  ?? PENDUDUK melihat keadaan bas dan kereta yang remuk teruk akibat nahas. ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit. KEADAAN kereta dinaiki satu keluarga yang maut akibat bertembung bas persiaran di depan Penjara Maran, Pulau Kerengga,...
PENDUDUK melihat keadaan bas dan kereta yang remuk teruk akibat nahas. ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit. KEADAAN kereta dinaiki satu keluarga yang maut akibat bertembung bas persiaran di depan Penjara Maran, Pulau Kerengga,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia