Harian Metro

JANTUNG TERBALIK

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

Budak lelaki perlu RM90,000 jalani pembedahan kedua

Usianya baru tiga tahun, namun seorang kanak-kanak menanggung ujian berat kerana dilahirkan dengan jantung terbalik dan perlu menjalani pembedahan membabitka­n kos RM90,000.

Muhammad Aqil Darwish Mohamad Yusri, anak bongsu daripada empat beradik dikesan mempunyai masalah jantung sejak dilahirkan dan menjalani pembedahan pertama bagi memasukkan tiub ketika berusia 27 hari.

Ibunya, Siti Zubidah Muhammad, 39, dari Taman Sepadu, dekat sini, berkata, tiub yang dipasang kali pertama tidak mampu lagi menyalurka­n oksigen ke jantung anaknya menyebabka­n pembedahan kedua perlu dilakukan di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang.

“Pembedahan dianggarka­n membabitka­n kos RM90,000, tetapi kami mempunyai masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada suami, Mohamad Yusri Md Saad, 40, yang bekerja kilang,” katanya selepas dikunjungi Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Prai Utara Noor Azura Ahmad.

Menurut Siti Zubidah, anak bongsunya tidak boleh aktif seperti kanak-kanak lain kerana cepat penat selain wajahnya akan bertukar kebiruan.

Selain itu, anak keduanya, Muhammad Aqil Adli, 10, kini bergelar orang kurang upaya (OKU) selepas diserang sawan ketika berusia empat tahun.

Muhammad Aqil Adli juga hanya meminum susu khas dan RM500 diperlukan sebulan untuk membeli susu berkenaan.

Sementara itu, Shabudin memberi sumbangan peribadi RM10,000 manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan awal bagi meringanka­n beban keluarga Siti Zubidah.

Shabudin berkata, beliau akan cuba mendapatka­n bantuan daripada Yayasan Taqwa manakala JKM akan berurusan dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu keluarga berkenaan.

Individu yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­nnya ke akaun Bank Islam Siti Zubidah (0701602060­1429)

 ??  ?? SITI Zubidah menunjukka­n kesan pembedahan di belakang Muhammad Aqil Darwish.
SITI Zubidah menunjukka­n kesan pembedahan di belakang Muhammad Aqil Darwish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia