Harian Metro

‘TARIK’ GUNA MAGNET

- Daily Mail

 Lelaki skizofreni­a terselamat doktor

keluarkan 639 paku dari perutnya

Seorang lelaki berjaya diselamatk­an selepas doktor mengeluark­an 639 paku besi dari perutnya menggunaka­n magnet.

Lelaki berusia 48 tahun itu menghidap skizofreni­a dan menelan semua paku sepanjang lima sentimeter itu tetapi ajaibnya, tidak satupun menembusi sistem penghadama­nnya.

Lelaki itu dibawa ke hospital dua minggu lalu selepas tidak henti-henti muntah selain mengadu sakit perut.

Rakaman video yang tersebar menunjukka­n doktor memeriksa kandungan ususnya menggunaka­n kaedah endoskopi sebelum membedahny­a dalam prosedur selama dua jam untuk mengeluark­an paku berkenaan.

Rakaman video menunjukka­n doktor di Kolej Perubatan dan Hospital Calcutta mengeluark­an paku berkenaan menggunaka­n magnet dengan berat keseluruha­nnya 1.3 kilogram.

Dr Siddhartha Biswas berkata: “Ususnya beralih disebabkan paku berkenaan. Semua paku itu berukuran lebih lima sentimeter dan tajam, tetapi dia bernasib baik ia tidak menyebabka­n kelukaan teruk di dalam ususnya.

“Kami membuat potongan sepanjang 10 sentimeter di dalam abdomen sebelum mengeluark­an paku itu menggunaka­n magnet.

“Namun kami turut menemui sisa tanah yang juga dipercayai ditelan pesakit ini.”

Times of India melaporkan, pesakit itu kini stabil dan dalam pemerhatia­n.

 ??  ?? DOKTOR menggunaka­n magnet untuk ‘menarik’ keluar paku dari perut pesakit. - Daily Mail
DOKTOR menggunaka­n magnet untuk ‘menarik’ keluar paku dari perut pesakit. - Daily Mail
 ??  ?? RATUSAN paku yang dikeluarka­n dari perut pesakit. - Daily Mail
RATUSAN paku yang dikeluarka­n dari perut pesakit. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia