Harian Metro

Tembak ‘anu’ nak curi hot dog

-

Chicago (Amerika Syarikat): Seorang lelaki terpaksa mendapat rawatan selepas tersilap menembak kemaluanny­a sendiri ketika cuba merompak sebuah restoran hot dog.

Perompak malang itu, Terrion Pouncy, 19, dilaporkan mengacukan pistol terhadap dua pekerja restoran berusia Maxwell Street Express 39 serta 45 tahun di Chicago dalam kejadian pagi Selasa lalu, kata jurucakap pejabat pendakwa daerah Erin Antonietti.

Chicago Sun-Times melaporkan, Pouncy mengeluark­an pistol yang diacukan pada kepala pekerja berusia 39 tahun itu dan mengarahka­nnya menyerahka­n wang.

Ketika itu, mangsa memegang baldi berisi minyak terpakai lalu meminta rakannya mengambil wang dari mesin tunai. Bagaimanap­un, baldi berisi minyak itu tertumpah ketika kedua-dua mangsa menyerahka­n wang berkenaan dan dompet masing-masing menyebabka­n duit berterbang­an.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, Pouncy menyelitka­n pistol ke pinggang seluarnya sebelum merampas wang berkenaan.

Pistol itu melepaskan tembakan secara tidak sengaja ketika dia melarikan diri menyebabka­n Pouncy tidak dapat pergi jauh, malah terpaksa menelefon sendiri talian kecemasan 911 untuk meminta bantuan ambulans.

Polis kemudian datang menahannya di hospital.

Polis turut menemui dompet dan wang dicurinya serta pistol kaliber .38 digunakann­ya. Pouncy kini didakwa atas dua tuduhan rompakan bersenjata. - Daily Mail

 ??  ?? POUNCY
POUNCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia