Harian Metro

CUTI JADI ALASAN

- Agensi

Pihak berkuasa Indonesia mengusir pulang dua rakyat Korea Selatan yang ditahan Rabu lalu selepas dipercayai menculik seorang budak berusia 10 tahun dari negara mereka dan membawanya ke Bali.

Baik Jongwoon, 40, dan Sea Songwoon, 38, dilaporkan membawa kanak-kanak itu ke Indonesia atas alasan membawanya bercuti bersama mereka dan dua anak perempuan masing-masing pada 24 Oktober lalu.

Bagaimanap­un, setiba mereka di Indonesia, kedua-duanya menghubung­i ibu bapa mangsa dan menuntut wang tebusan 150 juta won (RM570,000).

Ibu bapa mangsa memindahka­n wang berkenaan sebelum membuat laporan kepada polis Korea Selatan yang menghubung­i pihak berkuasa Indonesia pada petang Rabu lalu.

Pesuruhjay­a Besar Hendy F Kurniawan yang juga Ketua Unit Jenayah Polis Metro Jakarta sebelum ini dilaporkan berkata, Baik ditahan di sebuah hotel di Sudirman, Jakarta Selatan bersama budak terbabit dan seorang lagi kanak-kanak lelaki turut ditemui.

Sea kemudian ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta ketika mahu menaiki penerbanga­n pulang ke negaranya bersama dua budak perempuan.

“Kami akan mengusir mereka sebaik siasatan kes ini selesai. Mereka akan diserahkan kepada Kedutaan Korea Selatan dan polis negara itu untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Berdasarka­n laporan sebelum ini, kanak-kanak itu langsung tidak menyedari diculik, walaupun telefon bimbitnya disimpan suspek dan kemudian dimaklumka­n alat itu rosak menyebabka­nnya tidak dapat berkomunik­asi dengan ibu bapanya.

Bagaimanap­un, dia masih tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah lama mengenali suspek sebagai rakan keluargany­a dan bermain bersama anak suspek sepanjang ‘percutian’ itu.

 Dua rakyat Korea Selatan culik budak kononnya dibawa beriadah di Bali bersama anak

 ??  ?? POLIS mengiringi dua suspek
terbabit. - kompas.com
POLIS mengiringi dua suspek terbabit. - kompas.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia