Harian Metro

Saman tukang tilik ramal kematian

-

Paris: Seorang wanita memfailkan saman terhadap tukang tilik yang meramalkan dia akan meninggal dunia dalam tempoh enam bulan selepas mendakwa mengalami trauma psikologi susulan tilikan itu.

Wanita berusia 35 dikenali sebagai Magalie itu berkata, dia terpaksa mendapatka­n rawatan pakar psikiatrik selepas menerima ramalan melalui telefon itu, Julai lalu.

Magalie membayar £25 (RM139) untuk panggilan kadar premium itu dan terkejut apabila tukang tilik memaklumka­nnya bahawa doktor tersilap mendiagnos­is sakit perut serta dada dialaminya sejak beberapa minggu sebelumnya.

“Dia mendakwa saya sebenarnya mempunyai masalah jantung dan jika tidak mendapat pandangan doktor lebih baik saya akan mati dalam tempoh enam bulan.

“Jadi saya mendapatka­n pandangan doktor lain tetapi dia juga mengesahka­n tiada apa-apa yang tidak kena dengan saya.

“Saya menghubung­i semula tukang tilik itu yang tetap menegaskan ramalannya benar dan doktor sebenarnya tidak pandai. Akibatnya saya mula merasa trauma sehingga menemui pakar kaunseling yang menasihatk­an saya mengambil tindakan perundanga­n terhadap tukang tilik terbabit,” katanya.

Susulan itu, dia memfailkan saman terhadap wanita berkenaan.

Presiden Institut Kebangsaan Seni Paranormal Perancis memberitah­u akhbar L’Est Republican tindakan tukang tilik itu tidak boleh diterima langsung.

“Ini lazimnya taktik tukang tilik palsu untuk menakutkan mangsa supaya membayar lebih bagi mendapatka­n ‘rawatan’,” katanya. - Daily Mail

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia