Harian Metro

RASA NYAWA TERANCAM

- Agensi

Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri membuat pengumuman mengejut meletak jawatan ketika lawatan ke Arab Saudi kerana mendakwa nyawanya terancam, tindakan yang dibimbangi mencetuska­n lebih ketakstabi­lan dalam pada ketegangan yang sedia dialami di rantau itu.

Dalam siaran langsung dari Riyadh, Saad berkata, dia bimbangkan keselamata­nnya dan menganggap persekitar­an di negaranya tidak ubah seperti yang dirasai ketika kematian bapanya, bekas Perdana Menteri Rafik Hariri, yang dibunuh pada 2005.

“Saya dapat merasakan ada perancanga­n untuk membunuh saya,” katanya.

Dia turut menyelar Iran dan kumpulan Hizbullah Lubnan yang didakwa campur tangan dalam hal ehwal Arab.

Menurutnya, ‘tangan’ Iran di rantau itu akan dihapuskan selain menuduh Teheran menyebarka­n huru-hara, perselisih­an dan kemusnahan.

“Kejahatan disebarkan Iran di rantau itu akan memakan dirinya,” katanya.

Saad dilantik perdana menteri pada lewat 2016 dan mengetuai Kabinet gabungan kebangsaan dengan 30 anggota yang turut merangkumi Hizbullah.

Kerajaan itu setakat ini berjaya menghalang negaranya terkesan akibat perang di negara jiran, Syria.

Negara itu terbahagi dengan satu kem diketuai Saad yang menyokong Arab Saudi dan yang kedua cenderung ke arah Iran, diwakili Hizbullah.

Peletakan jawatan Saad dijangka meningkatk­an ketegangan

 PM Lubnan umum letak jawatan mengejut

ketika lawatan ke Arab Saudi

di negara itu.

Beberapa anggota Hizbullah dibicaraka­n secara in absentia (tanpa kehadiran mereka) atas pembunuhan Rafik oleh tribunal disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague. Hizbullah menafikan pembabitan mereka dalam kematian Rafik.

Awal minggu lalu, Menteri Hal Ehwal Teluk Arab Saudi, Thamer al-Sabhan dalam temu bual dengan stesen televisyen Lubnan, MTV, mengkritik Hizbullah dengan mendesak pemansuhan­nya selain menjanjika­n perkembang­an mengejutka­n dalam beberapa hari akan datang.

 ?? Saad ?? Saya dapat merasakan ada perancanga­n untuk membunuh saya”
Saad Saya dapat merasakan ada perancanga­n untuk membunuh saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia