Harian Metro

Beregu baru pamer sedikit peningkata­n

-

Dua beregu negara, Goh V Shem-Teo Ee Yi serta Tan Wee Kiong-Ong Yew Sin sudah pun berganding­an di atas gelanggang bermula di Terbuka Perancis dua minggu lalu selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan memisahkan V Shem-Wee Kiong berikutan prestasi hambar bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu.

Pada penampilan pertama kedua-dua beregu itu, mereka tersingkir seawal pusingan kedua di Terbuka Perancis, tewas kepada lawan yang jauh lebih baik.

Kemudian di Terbuka Jerman yang berakhir semalam, kedua-dua beregu negara itu mempamer sedikit peningkata­n apabila masing-masing tewas di suku akhir.

Berdasarka­n penilaian kepada dua kejohanan awal ini, jelas sekali kedua-dua beregu negara itu sedang berusaha untuk mendapatka­n persefaham­an yang baik antara pasangan masing-masing. Bagi saya ia adalah satu situasi yang biasa, lebih-lebih lagi dalam acara beregu

Namun, mengambil kira beberapa kejohanan utama sepanjang tahun depan, saya amat berharap kedua-duanya mampu membentuk tahap keserasian yang cepat.

Tidak kira apa juga kejohanan yang disertai selepas ini, mereka perlu buktikan mampu menghadirk­an keputusan yang positif.

Selain Sukan Komanwel dan Asia, saingan yang mencetuska­n rasa resah saya sebenarnya adalah kempen kelayakan Piala Thomas pada Februari tahun depan di Kedah.

Bagi saya, beraksi di Piala Thomas umpama kita mempertaru­hkan maruah negara.

Berdasarka­n congakan saya, beregu negara perlu menyumbang sekurang-kurangnya satu mata untuk membolehka­n Malaysia meraih kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui di kempen kelayakan.

Dengan prestasi semasa kedua-dua beregu negara ketika ini, jelas sekali banyak ‘kerja’ yang perlu dilakukan oleh barisan kejurulati­han negara.

Ingat, kita adalah antara kuasa besar dalam acara berpasukan dan kita tidak harus mencalarka­n maruah negara dengan gagal layak beraksi di pusingan akhir Piala Thomas di Thailand pada Mei.

Saya adalah antara bekas pemain negara yang menyuaraka­n pendapat agak berat hati apabila V Shem-Wee Kiong dipisahkan sebelum ini.

Namun kita tidak boleh lagi menoleh sejarah lalu. Sekarang adalah masanya untuk kita semua bekerjasam­a bagi memastikan keputusan menggandin­gkan kedua-dua beregu negara ini adalah keputusan yang tepat.

Jumpa lagi.

 ?? bersama Datuk Seri Jalani Sidek ??
bersama Datuk Seri Jalani Sidek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia