Harian Metro

Malaysian Tigress ‘semput’ tumbang Kazakhstan

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Kazakhstan 2-1 pada aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan saingan Piala Asia, di Kakamigaha­ra, Jepun, semalam.

Malaysian Tigress yang gagal memenuhi sasaran untuk menempah tiket ke separuh akhir, ketinggala­n pada minit ke-24 selepas jaringan Aigerim Makhanova.

Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah bagaimanap­un, berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Nuraslinda Said minit ke-31.

Kapten skuad negara Siti Noor Amarina Ruhani meletakkan Malaysia di depan dua minit kemudian hasil pukulan sudut penalti.

Dhaarma nyata tidak gembira dengan corak bertahan Kazakhstan yang menafikan barisan pemainnya untuk menjaringk­an lebih banyak gol.

“Apabila kita bertemu dengan lawan yang semua pemain berkumpul di dalam kawasan D, ia akan memberi masalah besar untuk kita sekiranya tak dapat jaringkan gol daripada peluang yang kita peroleh.

“Situasi lebih rumit apabila Kazakhstan yang sekali saja berjaya masuk ke dalam kawasan D mendapat gol berpunca daripada kesilapan pemain kita.

“Dalam suku keempat, selepas mendahului 2-1, kita tak mahu mempamer permainan menyerang sebab lawan masih berkumpul di dalam kawasan D,” katanya.

Dengan kemenangan itu, skuad negara akan turun pada perlawanan penentuan tempat ke-5/6 bertemu Thailand esok.

“Saya menjangkak­an Thailand juga akan bermain secara bertahan seperti dilakukan oleh Kazakhstan hari ini,” kata Dhaarma.

 ??  ?? SKUAD hoki wanita negara beraksi menentang China.
SKUAD hoki wanita negara beraksi menentang China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia