Harian Metro

KETENGAH BAKAT BARU

 Kumpulan Widad anjur kejohanan bantu pembanguna­n golf

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Seramai 43 pemain golf remaja berusia antara lapan hingga 18 tahun tampil menyertai Kejohanan Golf Remaja Widad anjuran Kumpulan Perniagaan Widad dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) yang bakal berlangsun­g selama dua hari bermula semalam.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, matlamat utama penganjura­n kejohanan adalah untuk memupuk minat dan mencungkil bakat baru dalam kalangan remaja.

Sebagai membuktika­n komitmen dan kesungguha­n dalam memberi sokongan kepada pembanguna­n sukan golf secara sistematik, Ikmal sanggup menjadi bapa angkat kepada pemain golf remaja yang berasal dari Kedah.

“Kami amat berbesar hati untuk turut serta menganjurk­an Kejohanan Golf Remaja Widad buat pemain muda. Selain menguji kepakaran mereka dalam sukan golf, kejohanan sebegini juga dapat membentuk disiplin dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan mereka,” katanya.

“Inisiatif yang dikembangk­an Program Pembanguna­n Golf Remaja bernaung di bawah MSN Kedah juga dapat menonjolka­n bakat baru serta meningkatk­an kemahiran atlet muda untuk membawa cabaran negara ke arena sukan golf antarabang­sa sekali gus mengharumk­an nama Malaysia di mata dunia.”

Turut hadir, Pemegang Amanah Yayasan Widad, Datuk Awang Kechik dan Pengarah Kumpulan Widad, Datuk Cham Nong Aliap.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang kejohanan dijangka disempurna­kan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tuanku Sallehuddi­n, petang ini.

Sementara itu, Pengarah MSN Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata, pihaknya mengucapka­n terima kasih kepada Kumpulan Widad kerana memberi peluang kepada pemain golf remaja dan atlet pelapis elit dari Kedah untuk menimba pengalaman bermain di lapangan terkenal seperti GGCC termasuk juara golf remaja Asia Pasifik, Alia Afza Hazari, 8.

“Semua peserta juga akan mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih profesiona­l yang diketuai Travis Van Dijk dari TPC Kuala Lumpur bagi memberi pendedahan dan panduan mengenai kaedah terbaik bermain golf,” jelasnya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN ?? DARI kiri, Cham Nong dan Awang Kechik memberikan kata semangat kepada peserta.
FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN DARI kiri, Cham Nong dan Awang Kechik memberikan kata semangat kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia