Harian Metro

KEKAL SEMANGAT JUANG TINGGI

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Skuad hoki harungi pelbagai masalah hingga muncul naib juara Piala Asia

Terlebih dulu saya amat bersyukur dengan pencapaian di Piala Asia baru-baru ini, ia adalah kali pertama Malaysia mara hingga ke final. Ia adalah sejarah baru kepada sukan hoki negara walaupun kami terpaksa akur kecundang kepada India di pentas final.

Pada peringkat awal, kami melangkah tanpa tekanan ke Piala Soalan: Hoki sekali lagi mempamer persembaha­n yang membanggak­an apabila melakar sejarah muncul naib juara buat kali pertama di Piala Asia. Bagaimana anda melihat pencapaian ini dan masa depan terutamany­a menjelang Olimpik Tokyo 2020?

Norfila Abd Aziz

Seremban, Negeri Sembilan

Asia kerana sudah layak secara merit ke Piala Dunia 2018 namun di kejohanan peringkat benua itu, sasaran adalah mara ke final kerana ia adalah kejohanan terakhir tahun ini.

Kami mahukan pencapaian yang terbaik dan diingati pada tahun ini. Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk masalah peribadi yang dihadapi Fitri Saari sehingga terpaksa meninggalk­an skuad negara seketika, kecederaan yang dialami seperti Faizal Saari, Nabil Fiqri Mohamad Noor, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Sukri Mutalib dan Muhammad Marhan Abdul Jalil sepanjang kami di sana, ia tidak menjatuhka­n semangat juang.

Setiap perlawanan, kami berjuang dengan semangat yang tinggi bagi mencapai sasaran. Saya percaya pencapaian ini akan menjadi lonjakan baru untuk kami terus melakar kejayaan lebih tinggi dan besar di masa depan.

Kami akan menghadapi Piala Dunia pada 2018 dan seterusnya impian beraksi di Olimpik 2020 di Tokyo dengan mendapatka­n pingat emas di Sukan Asia di Indonesia menjadi misi utama kami bagi mendapatka­n tiket secara automatik ke Olimpik 2020.

Dua kejohanan berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengumpulk­an pasukan handalan dunia. Sudah pasti kami akan memberikan yang terbaik pada setiap kejohanan yang disertai dengan persediaan yang rapi.

Mengenai penyertaan di Program Podium, saya fikir tidak perlu mengulas mengenainy­a kerana ia terletak kepada keputusan pihak pengurusan.

Sebagai atlet, kami hanya turun di atas padang dan memberikan yang terbaik setiap kali menentang lawan.

Bagaimanap­un saya tetap gembira dan syukur kerana hoki Malaysia adalah antara yang menjadi perhatian ketika ini dan berkelas dunia.

Saya percaya kami mampu melakar pencapaian yang lebih baik dan cemerlang pada setiap kejohanan yang disertai jika dilipat-gandakan latihan, pendedahan, sokongan fizikal dan mental yang mencukupi diberikan semua pihak yang bertanggun­gjawab.

 ??  ?? RAZIE (kanan) melakukan pukulan sudut penalti ketika perlawanan menentang Myanmar di Sukan SEA lalu.
RAZIE (kanan) melakukan pukulan sudut penalti ketika perlawanan menentang Myanmar di Sukan SEA lalu.
 ??  ?? RAZIE (dua dari kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan di KL2017.
RAZIE (dua dari kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan di KL2017.
 ??  ?? RAZIE menjalani latihan di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur.
RAZIE menjalani latihan di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia