Harian Metro

KEMBALIKAN SENTUHAN PEMUSNAH!

- AFP

London

Alvaro Morata serta Romelu Lukaku pasti tertekan dalam usaha membantu pasukan masing-masing untuk bergelar pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris dan kedua-duanya berpeluang berbuat demikian apabila Chelsea bertemu Manchester United, tengah malam ini.

Penyerang Chelsea, Morata dan penggempur United, Lukaku menjadi punca kegembiraa­n kelab masing-masing apabila memulakan kempen musim ini dengan penuh bergaya.

Tetapi, ketika Chelsea dan United bersaing untuk merapatkan diri dengan pendahulu, Manchester City, Morata serta Lukaku dilihat semakin hilang sentuhan sekali gus membuatkan aksi mereka bakal diperhatik­an di Stamford Bridge tengah malam ini.

Pengurus United, Jose Mourinho membelanja­kan £75 juta (RM415.4 juta) untuk membeli Lukaku dari Everton selepas berjaya memujuk pemain antarabang­sa Belgium itu supaya menolak tawaran pengurus Blues, Antonio Conte.

Lukaku bermula dengan cemerlang apabila meledak 11 gol sepanjang 10 perlawanan pertamanya.

Bagaimanap­un, pemain berusia 24 tahun itu mula ‘longlai’ apabila tidak menjaringk­an sebarang gol sejak hujung September lalu.

Penyokong United juga semakin kecewa dengan kegagalan Lukaku untuk memberikan sumbangan di luar kotak penalti sekali gus membuatkan Mourinho berang dengan peminat Old Trafford dan menyifatka­n mereka tidak menyokong penyerang itu ketika pertemuan menentang Tottenham.

Lukaku membalas semua kritikan dengan berkata, dia masih lagi berusaha untuk memajukan diri.

“Anda tidak boleh menganggap persembaha­n saya sudah sampai ke penghujung­nya. Saya lebih suka memiliki karier yang meningkat setiap tahun berbanding berada di atas dan beku,” katanya.

“Saya sedar dengan bakat saya, tapi saya perlukan lebih banyak bantuan, saya mahu memastikan bahawa setiap kali pasukan saya berada dalam keadaan sukar, saya mampu muncul sebagai penyelamat.”

Selepas gagal membawa masuk Lukaku, Conte membeli Morata.

Morata membalas kepercayaa­n

 Morata, Lukaku perlu peraga

aksi cemerlang bantu kelab rapat jurang dengan pendahulu liga

Conte dengan tujuh gol sepanjang tujuh perlawanan pertamanya sejak berpindah dari Real

Madrid dengan harga £58 juta

(RM321.2 juta).

Tetapi, dia turut menerima nasib sama seperti Lukaku apabila gagal menjaringk­an gol sepanjang enam perlawanan terakhir dan mengundang pelbagai kritikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia