Harian Metro

City tetap hormati Arsenal

-

Manchester, United Kingdom: Manchester City tidak menunjukka­n tanda kehilangan momentum dengan 15 kemenangan daripada 16 perlawanan semua kejohanan selepas menang 4-2 ke atas Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis lalu.

City tidak pernah tewas dalam sebarang perlawanan kompetitif sejak April, namun kekalahan hadir ketika perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Arsenal, pasukan yang berkunjung ke Stadium Etihad untuk aksi

Liga Perdana malam esok.

Pengurus Pep

Guardiola berkata, beliau tidak melihat sebarang kemungkina­n

City mengulangi pencapaian skuad terulung

Arsenal ‘The Invicibles’ pada

2003-04 dengan mele- pasi musim Liga Perdana tanpa merekodkan sebarang kekalahan.

“Selain kekalahan di Watford, Arsenal menang banyak perlawanan,” kata Guardiola.

“Ia menyulitka­n kami. Kami harap dapat pulih de- ngan baik selepas perjalanan dan perlawanan di Naples.

“Sungguh sukar apabila anda perlu mempertimb­angkan Liga Juara-Juara.

“Arsenal bermain tanpa skuad utama mereka pada Khamis (peringkat kumpulan Liga Europa menentang Red Star Belgrade), jadi mereka dapat berehat selama seminggu.

Kami pula kehilangan tenaga jadi sokongan peminat amat penting.”

City menjaringk­an 35 gol dan bolos hanya enam daripada 10 perlawanan setakat ini, menang di Chelsea dan membelasah Liverpool 5-0, membuatkan ramai pengurus tertanya-tanya bagaimana mereka boleh dihalang.

Antara pemain yang menyerlah musim ini adalah Raheem Sterling, pemain sayap yang menjadi idaman Arsenal Ogos lalu dan mungkin dibenarkan meninggalk­an kelab itu jika City berjaya membeli Alexis Sanchez. Turut menjaringk­an gol pada perlawanan di Naples adalah Sergio Aguero yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di City dengan 178 gol. AFP

 ??  ?? STERLING cemerlang bersama Citizens.
STERLING cemerlang bersama Citizens.
 ??  ?? LUKAKU mahu jadi wira pasukan setiap kali beraksi.
LUKAKU mahu jadi wira pasukan setiap kali beraksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia