Harian Metro

SENJATA TUMPUL

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Ketumpulan jentera serangan menjadi masalah utama skuad B-19 negara ketika bergelut menewaskan Brunei 1-0 pada aksi kedua Kumpulan F kempen kelayakan Kejuaraan AFC B-19 di Paju, Korea Selatan, semalam.

Jurulatihn­ya, Bojan Hodak bagaimanap­un tetap lega kerana skuad kedua yang diturunkan mencapai sasaran meraih tiga mata.

“Biarpun pemain saya dilihat bergelut untuk menang, tapi kami berjaya meraih kemenangan walaupun merehatkan ramai pemain utama.

“Sasaran kami untuk menang dan kami berjaya lakukannya walaupun dengan kemenangan tipis. Pemain saya mencipta banyak peluang tetapi gagal disudahkan.

“Apa yang mengejutka­n saya, kami membiarkan Brunei melakukan serangan, tapi bernasib baik kerana mereka tidak berjaya menjaringk­an gol,” katanya ketika dihubungi.

Malaysia kini mengumpul enam mata selepas meraih dua kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Timor Leste 3-1 pada aksi pertama, Selasa lalu.

Anak didik Hodak perlu mengharung­i dua aksi getir selepas ini apabila dijadualka­n berdepan Indonesia, Isnin ini sebelum pertemuan terakhir menentang tuan rumah, Korea Selatan, dua hari kemudian.

Hanya 10 juara Kumpulan A hingga J bersama lima pasukan naib juara terbaik yang akan mara ke pusingan akhir kejohanan itu di Indonesia, Oktober

 Hodak tetap puas skuad kedua atasi

Brunei

tahun depan.

Selain itu, Hodak menuntut anak buahnya tidak melakukan kesilapan sama pada aksi berdepan Indonesia dan Korea Selatan bagi memastikan impian layak ke pusingan akhir tercapai.

“Jentera serangan berdepan masalah penyudah dan pada masa sama pertahanan kami membiarkan pasukan lawan melakukan serangan.

“Jadi, saya fikir kami kami tidak boleh melakukan kesilapan itu berdepan Indonesia dan Korea Selatan kerana ia mungkin boleh menyebabka­n pasukan tewas.

“Apapun, saya akan menurunkan barisan terbaik untuk menghadapi dua perlawanan penting itu dan saya yakin persembaha­n lebih mantap dapat dipamerkan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN bawah 19 negara berjaya mengatasi Brunei 1-0, semalam.
PEMAIN bawah 19 negara berjaya mengatasi Brunei 1-0, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia