Harian Metro

Skuad Futsal negara makin mantap

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Skuad futsal negara semakin menunjukka­n peningkata­n walaupun tanpa liga di peringkat kebangsaan serta pelbagai halangan lain dalam usaha membangunk­an sukan berkenaan.

Selepas menamatkan saingan Kejohanan AFF di Ho Chi Minh selaku naib juara di belakang Thailand, skuad futsal kebangsaan sebenarnya boleh berbangga dengan pencapaian itu.

Alasannya, jurulatih Chiew Chun Yong tidak mempunyai ramai pemain untuk diketengah­kan selepas Liga Futsal Kebangsaan terhenti begitu saja.

Tetapi menjelang Kejohanan Asia di mana Malaysia sudah mengesahka­n tempat, Chun Yong berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat mewujudkan semual liga tempatan dalam usaha mencungkil bakat baru.

“Kami perlu membuat beberapa perubahan untuk meningkatk­an pasukan sebelum Kejohanan AFC bermula tahun depan,” kata Chun Yong selepas menyaksika­n anak buahnya tewas 3-4 di tangan Thailand menerusi masa tambahan.

“Kami sudah terlalu hampir untuk menang. Kami hanya kekurangan sedikit berbanding Thailand. Kami kurang kualiti individu dan penguasaan permainan. Kami tidak bermain secara bertahan dan ia hampir membawa pulangan.”

Kekalahan di tangan Thailand itu hadir selepas Malaysia mendahului 2-0 pada babak pertama dan 3-1 pada awal babak kedua sebelum skuad juara bertahan itu bangkit di masa tambahan untuk menjulang gelaran buat kali ke-13.

Persembaha­n Malaysia mengejutka­n jurulatih Thailand, Jose Mendez.

“Malaysia bermain dengan sangat baik,” katanya. “Mereka sudah meningkat dan mereka berjaya menyukarka­n kami. Mereka membuktika­n bahawa kemampuan mereka untuk layak ke final ini bukanlah disebabkan nasib. Saya yakin mereka akan lebih baik pada masa depan.”

 ??  ?? SKUAD futsal negara puas selaku naib juara AFF di Ho Chi Minh.
SKUAD futsal negara puas selaku naib juara AFF di Ho Chi Minh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia