Harian Metro

‘Perang’ luar stadium hangatkan suasana

-

Shah Alam: Kemampuan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Malaysia (Liga M) memang tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi selepas kedua-dua pasukan layak ke final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Jika trofi piala berprestij itu menjadi buruan 22 pemain di atas padang, penyokong kedua-dua pasukan pula mempamer gelagat ‘unik’ masing-masing ketika berada di luar atau di dalam stadium.

Bermula di luar stadium, aktiviti cat muka, hadir dengan pelbagai kostum seakan sudah sinonim dengan aksi final dan banyak lagi situasi menarik yang boleh disaksikan.

Malah, gerai jualan yang dibuka secara besar-besaran juga turut menambah seri dan tarikan untuk final kali ini sekali gus menjadikan venue akhir Piala Malaysia seakan bertukar seperti pesta makanan.

Hujan di sebelah pagi nyata tidak membantutk­an keghairaha­n penyokong kedua-dua pasukan untuk bertandang ke stadium yang mula dibanjiri ‘penyokong’ seawal jam 10 pagi lagi.

Stadium Shah Alam mula terbahagi kepada dua tona warna yang menyaksika­n sebelah kanan dipenuhi penyokong JDT yang mengenakan jersi berwarna Merah Biru sementara warna Hijau Kuning menghiasi pemandanga­n sebelah kiri.

Kemunculan ‘Boys of Straits’ (B.O.S) yang mula memasuki stadium pada jam 6.30 petang terus menghangat­kan suasana dengan mereka melaungkan ‘chant’ dan tepukan semangat yang turut disambut oleh penyokong Harimau Selatan.

Bagaimanap­un, pertembung­an ‘dua lautan’ yang membabitka­n kira-kira 80,000 penonton itu tetap terkawal dan kualiti penyokong profesiona­l berjaya ditunjukka­n kedua-dua penyokong yang dilihat boleh bergaul mesra tanpa timbul sebarang masalah.

Bukan itu saja, ‘perang’ kain rentang juga menambah rencah aksi final yang menyaksika­n puluhan kain rentang digantung penyokong kedua-dua pasukan sebagai tanda sokongan kepada kepada pasukan masing-masing.

Antara kain rentang yang dapat disaksikan di Stadium Shah Alam adalah lebih kepada tempat asal penyokong yang hadir ke stadium antaranya ‘Pokok Sena’, ‘Gamuda Sg Kob’, ‘ Bandar Baharu’ ‘Penyokong Padang Serai’, ‘Ledang’, ‘Segamat’ dan ‘Pontian’.

Beberapa kain rentang dengan kata kata semangat turut dipaparkan antaranya ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’, ‘Pulun Kedah Pulun’, ‘Jangan Kendoq’ dan ‘Teguh Bersama’.

 ??  ?? KEMUNCULAN B.O.S melaungkan ‘chant’ dan tepukan semangat ketika tiba di perkaranga­n stadium.
KEMUNCULAN B.O.S melaungkan ‘chant’ dan tepukan semangat ketika tiba di perkaranga­n stadium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia