Harian Metro

DENGKIS TEPOK CURI TUMPUAN

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 Penyokong Johor DT pakai kostum harimau seberat 8kg kelilingi Stadium Shah Alam

Kelibat seorang penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memakai kostum harimau dan berkeliara­n di Stadium Shah Alam menjelang aksi final Piala Malaysia, mencuri tumpuan ramai.

Walaupun kostum yang dipakai Ali Mohamad itu agak menggerunk­an, ia sama sekali tidak menakutkan penyokong JDT dan Kedah yang tidak mahu ketinggala­n mengambil gambarnya.

Menurut Ali, inisiatifn­ya memakai kostum yang diberi nama Jembalang Dengkis Tepok itu sebenarnya hanya untuk menceriaka­n suasana final yang dianggap pertembung­an dua pasukan terbaik di negara ini.

Malah, katanya, walaupun terpaksa pikul kostum yang berat sehingga mencecah lapan kilogram (kg), dia tidak kisah kerana semua yang dilakukan itu adalah untuk JDT.

“Sebenarnya saya sudah lima tahun memakai kostum ini termasuk ketika memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan, saya kekalkan imej begini.

“Bahagian kepala saja sudah mencecah 5kg. Sebenarnya setiap tahun saya akan tambah aksesori pada kostum ini.

“Kalau ikutkan, memang panas. Apapun ini cara saya sokong JDT. Apa yang penting, suasana jadi ceria,” katanya.

Sementara itu, penyokong Kedah, Nur Raihana Che Halim, 18, dan kakaknya, Haslinda Che Halim, 30, tidak kisah untuk bersesak dengan ribuan penyokong bagi menyaksika­n pasukan Kedah beraksi.

“Setiap kali Kedah beraksi di Lembah Klang, saya tidak pernah ketinggala­n ke stadium. Begitu juga kali ini dan saya tidak sabar untuk lihat kejayaan Kedah.

“Saya tiba di stadium pada jam 1.30 petang. Pastinya jika di final, suasana pasti lebih meriah. Sebelum masuk, saya akan pusing di perkaranga­n stadium untuk melihat sendiri kemeriahan,” kata Nur Raihana yang juga pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 ??  ?? ALI (tengah) bersama penyokong Johor DT mengelilin­gi Stadium Shah Alam.
ALI (tengah) bersama penyokong Johor DT mengelilin­gi Stadium Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia