Harian Metro

Penyokong ‘istimewa’ teruja saksi perlawanan akhir

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Shah Alam: Di sebalik puluhan ribu peminat Kedah, terselit sekumpulan penyokong orang kelainan upaya (OKU) yang turut tidak melepaskan peluang menyaksika­n pasukan kesayangan mereka berentap dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Shah Alam, semalam.

Bagi Abdul Malik Said, tiada kata yang dapat digambarka­n anak jati Pendang, Kedah itu selain teruja apabila kali pertama hadir ke stadium untuk menyaksika­n Kedah bermain di final.

Bekas anggota tentera itu berkata, beliau tiba di Shah Alam kira-kira jam 5.30 pagi semalam bersama 10 rakan termasuk tiga OKU dengan menaiki van.

“Kepenatan perjalanan jauh tidak terasa kerana sangat teruja pertama kali dapat menyaksika­n pasukan Kedah beraksi di final dengan lebih dekat berbanding sebelum ini hanya menonton menerusi televisyen.

“Sebelum ini, saya memang tidak melepaskan peluang ke stadium jika Kedah beraksi di Alor Setar. Jadi, kali ini saya datang dari jauh dengan harapan Kedah dapat mempamerka­n aksi terbaik.

“Saya rasa dengan pemain yang ada Kedah boleh menang,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n Stadium Shah Alam, semalam.

Turut bersama Malik yang bertolak dari Kedah jam 11 malam tadi adalah dua kawannya yang juga OKU iaitu Yahya Mat dan Mohd Riduan Khalid.

Yahya berkata, ini kali kedua dia hadir ke Stadium Shah Alam bagi menyaksika­n final Piala Malaysia selepas pulang dengan gembira musim lalu apabila Kedah merampas kejuaraan piala berprestij itu daripada Selangor.

Sementara itu, Riduan, 28, berkata, beliau amat meminati Liridon Krasniqi tetapi pada masa sama turut kagum dengan bakat Baddrol Bakhtiar, Sandro Da Silva dan Syafiq Ahmad.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? GELAGAT penyokong istimewa Kedah menjelang Piala Malaysia.
FOTO: OSMAN ADNAN GELAGAT penyokong istimewa Kedah menjelang Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia