Harian Metro

Serah wakaf al-Quran

Heliza sertai misi hantar bantuan makanan, ubat-ubatan serta bina telaga tiub

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Wanita genit bermata bundar ini wajar digelar ‘Wonder Woman Malaysia’. Bukan kerana dia mempunyai kuasa sakti menyelamat­kan dunia atau kemahiran bermain pedang menentang musuh.

Sebaliknya, Heliza Helmi, 31, layak diberi jolokan itu kerana kekuatan jiwa raga menjalanka­n pelbagai misi kemanusiaa­n di dalam dan luar negara.

Terbaru, selebriti dikenali melalui

Akademi Fantasia Musim kelima (AF5) ini baru sahaja pulang dari misi kemanusiaa­n di beberapa lokasi pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 27 sehingga 31 Oktober lalu.

Bercerita mengenai kembara barunya, Heliza berkata, antara lokasi dilawati adalah Teknaf (selatan Bangladesh) untuk menyampaik­an bantuan segera seperti makanan.

Kemudian katanya, dia ke Balu Khali dan Kutu Palong untuk sampaikan bantuan makanan ruji bagi tujuan simpanan.

Menurutnya, rancangan awal mahu membina 20 telaga tiub tetapi bersyukur berjaya membina lebih daripada itu kerana jumlah sumbangan meningkat.

“Kami juga bantu membina bilik mandi, tandas dan menyediaka­n dua klinik bergerak termasuk ubat-ubatan, doktor pakar dan dua doktor perubatan.

“Selain itu, saya bersama lebih 20 anggota Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) turut menyerahka­n wakaf al-Quran kepada mangsa pelarian.

“Makanan asas pula berupa beras, minyak masak, bawang, cili kering, garam dan keperluan asas kebersihan diri seperti sabun,” katanya.

Menurut Heliza, dia tidak menyangka diberi peluang menjalani misi ini dan sangat mensyukuri peluang diberi Allah.

“Sebenarnya sebelum ke sana, saya memang tidak tahu apa yang mereka lalui. Saya berdoa agar dapat merasai keadaan mereka contohnya ke

Gaza agar dapat rasai seperti mana mereka lalui seterusnya dapat saya kongsikan kepada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia