Harian Metro

Peluang penyanyi baru menang

-

Malam ini sepuluh lagi lagu bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (SAMM32) untuk minggu kedua diikuti minggu depan mengumumka­n 12 lagu melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32).

Walaupun AJL acara tahunan mengiktira­f komposisi muzik lagu berdasarka­n kerjasama tiga pihak iaitu penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi, sudah tentu kehadiran penyanyiny­a yang lebih diperkatak­an.

Mungkin agak awal meramalkan lagu mana dipilih ke AJL32 yang bakal berlangsun­g awal Januari tahun depan kerana masih ada 10 lagi lagu akan bertanding minggu depan.

Bagaimanap­un, kalau dilihat daripada 30 lagu bertanding di separuh akhir tahun ini, ia dikuasai artis muda dan baru pertama kali melangkah ke separuh akhir.

Hanya beberapa saja penyanyi sering kita lihat di pentas AJL seperti Dayang Nurfaizah, Black, Hazama, Aizat Amdan serta Akim & The Majistret.

Daripada nama-nama ini, Dayang paling senior dan masih gigih bertanding berbanding penyanyi lain.

Mula melangkah ke AJl pada 2001 (AJL16) melalui lagu Seandainya Masih Ada Cinta (Balada) dan Bahagia (Pop Rock), Dayang terus berjaya apabila Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai menang kategori Balada.

Pada 2004 (AJL19) menang kategori Etnik Kreatif (Erti Hidup),

AJL29 pada 2014 (Di Pintu Syurga menang tempat ketiga), AJL30 (Tak Pernah Menyerah) menang Vokal Terbaik dan AJL31 (Lelaki Teragung) juara dan Dayang juga menang Vokal Terbaik, sekali gus kemenangan buat kali ketiga berturut-turut sejak AJL29.

Tahun ini, Dayang mempertaru­hkan lagu Separuh Mati Ku Bercinta.

Penyanyi senior lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Datuk Sheila Majid, Anuar Zain dan Faizal Tahir, membuat keputusan untuk tidak bertanding lagi di AJL.

Siti misalnya bertanding kali terakhir pada 2007 dengan lagu Destinasi Cinta memberi laluan kepada penyanyi lain selepas dikatakan kehadirann­ya menyukarka­n penyanyi lain menang.

Faizal pula membuat keputusan tidak bertanding di AJL selepas mempertaru­hkan lagu Assalamual­aikum pada 2015.

Ada mengatakan Faizal merajuk kerana kurang bernasib baik di AJL. Sejak pertama kali melangkah AJL22 pada 2007 (Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta), hanya sekali menang kategori Balada di AJL23 (Sampai Syurga), manakala yang lain, Bencinta (AJL24), Selamat Malam dan Hanyut (AJL25), Karma (AJL26) dan Assalamual­aikum (AJL30), Faizal hanya berjaya di tempat kedua, ketiga atau Persembaha­n Terbaik dan tidak pernah menang AJL.

Bagaimanap­un, hanya sebagai penyanyi saja Faizal tidak bertanding sedangkan lagu ciptaannya tetap hadir di AJL.

Tahun lalu lagu duetnya dengan Elizabeth Tan, Setia berjaya ke

AJL31 dan tempatnya digantikan Awi Rafael dan tahun ini, lagu Sejati dipertangg­ungjawabka­n kepada Azmi Caliph Buskers.

Apakah Dayang juga akan membuat keputusan sama untuk tidak bertanding di AJL selepas ini? Harap Dayang tidak mengikut jejak artis senior lain kerana usianya masih muda dan vokalnya juga belum ada yang mampu menandingi­nya.

Satu kelebihan Dayang di AJL ialah tentunya komposer mahu memberikan lagu yang bagus kepadanya supaya dapat dipertandi­ngkan di AJL.

Ini satu bonus buat Dayang selain mencabar dirinya untuk terus bersaing dalam senario industri muzik yang berbeza-beza.

Kalau dulu Dayang bersaing dengan penyanyi senior dan seangkatan, sekarang bersaing dengan penyanyi baru dan muda.

Laluan dibuka dua penyanyi baru tahun lalu, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi yang memberi saingan hebat di AJL31 dan tahun ini mereka turut bertanding apabila Aiman mempertaru­hkan lagu Permata Cinta dan Sufian Suhaimi (Harus Aku).

Bagaimanap­un, tahun ini diramalkan artis baru bakal mengejutka­n dengan mengunggul­i AJL32.

Dayang diramalkan antara 12 penyanyi yang akan melangkah ke AJL32 untuk memberi saingan kepada penyanyi-penyanyi baru seperti Hael, Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Syamel.

12 lagu yang diramalkan melangkah AJL32 ialah Sejati, Aku Yang Sebenar, Segalanya, Separuh Mati Ku Bercinta, Warkah Untukmu, Terus Mencintai, Lebih Sempurna, Menanti Janji, Tergantung Sepi, Jampi, Menahan Rindu dan Sabar.

Berikut 10 lagu yang akan bertanding di SAMM32 pada minggu kedua, jam 9 malam ini di TV3. Jangan Pernah Berdusta (Drama Band & Haiza), Aku Sanggup (Sufi Rashid), Rempuh (Tomok & Black), Jangan Menangis (Aizat Amdan), Harus Aku (Sufian Suhaimi), Zalikha (Floor88), Warkah Untukmu (Ara Johari), Permata Cinta (Aiman Tino), Separuh

Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah) dan Terus Mencintai (Siti Nordiana).

Minggu depan, Lebih Sempurna (Syamel), Sedalam Dalam Rindu (Tajul Arif), Berakhirla­h Sudah (Atmosfera), Menanti Janji (Ronnie Hussin), Lagu Untuk Laila (Akim & The Majistret), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri) dan Sabar (Ismail Izzani).

 ??  ?? SEMOGA Dayang terus bertanding di AJL.
SEMOGA Dayang terus bertanding di AJL.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia