Harian Metro

Artis Letak syarat pilih hero

-

Artis mula sombong atau letak harga apabila nama mula memuncak sering sampai ke telinga Cik Pang. Terbaru, ada menyampai cerita mengenai sikap pelakon wanita jelita yang meningkat naik.

Mengikut cerita disampaika­n seorang teman, pelakon wanita ini sudah pandai ‘demand’. Tapi bukan ‘demand’ bayaran lakonan tetapi meletak syarat untuk pelakon lelaki yang akan berlakon dengannya.

Apa yang buatkan Cik Pang terkejut, pelakon wanita itu meletakkan syarat mahu berlakon drama berkenaan di sisi pelakon lelaki ini.

Dalam erti kata lain, mahu pelakon yang pernah dikaitkan dengannya menjadi hero dalam drama ditawarkan kepadanya.

Cik Pang yang mendengar cerita teman itu memang terkejut dan tertanya-tanya apa motif sebenar pelakon wanita ini?

Apakah dia sudah penat menjadi ‘kekasih rahsia’ kepada cinta hatinya yang hingga kini Cik Pang tengok lebih gemar buat tidak tahu saja.

Malah yang sibuk mencanang mengenai hubungan cinta dijalin hanya pelakon wanita itu saja umpama dia seorang bertepuk sebelah tangan.

Apapun, ada juga cerita lain mengenai pelakon wanita ini yang disampaika­n seorang lagi teman kepada Cik Pang. Kata teman itu, hubungan pelakon wanita itu dan kekasihnya memang serius dan mereka kini dalam perancanga­n untuk melangkah ke fasa perkahwina­n.

Menurut teman Cik Pang, paling lewat pun katanya pasangan itu merancang naik pelamin tahun depan.

Apabila Cik Pang menghitung bulan, rasanya sudah tak lama saja lagi nak melangkah 2018. Doa Cik Pang, semoga impian pasangan kekasih itu jadi kenyataan.

Sekurang-kurangnya, pelakon wanita itu juga tidak perlu lagi bimbang atau terfikir-fikir mengenai status sebenar hubungan percintaan­nya.

Cik Pang kalau bab nak mendirikan ‘masjid’ ini memang memberi sokongan penuh. Iyalah, takkan nak bercinta saja sampai ke tua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia