Harian Metro

Selebriti gedik macam budak-budak

-

Selebriti wanita ini sering dikatakan gedik tapi bagi Cik Pang, memang perkara biasa dan sudah jadi tabiatnya.

Apa pun, seorang teman Cik Pang baru-baru ini mengaku dia meluat menyaksika­n perangai selebriti wanita itu.

Teman Cik Pang yang bertemu dengannya dalam satu majlis hiburan memberitah­u sakit matanya melihat perangai ditunjukka­n.

Kata teman Cik Pang, semuanya berlaku ketika dia rancak menemu bual selebriti itu yang tiba-tiba saja bangun dari kerusi dan terus lari menyorok di belakang tembok.

Teman Cik Pang jadi pelik dengan perangai spontan selebriti wanita itu hingga dia sendiri tertanya-tanya kenapa.

Nak dijadikan cerita, selebriti wanita itu tiba-tiba saja menyorok di belakang tembok sebaik ternampak kehadiran seorang pelakon lelaki bertubuh sasa.

Mungkin agaknya selebriti wanita itu mahu pelakon lelaki berkenaan mencari-cari di mana kelibat dirinya.

Maklum sajalah, kata teman Cik Pang hubungan kedua-duanya agak mesra. Jadi, mana tahu selebriti wanita itu cuba nak buat kejutan.

Apa pun, kata teman Cik Pang dia jadi meluat melihat situasi itu kerana perangai selebriti wanita itu yang kebudak-budakan.

Katanya, sebagai selebriti popular seharusnya dia bersikap matang dan tidak perlu sampai buat kejutan sembunyi diri.

Lagi pun dia bukan kanak-kanak tadika yang suka main sorok-sorok. Sudah besar panjang dan matang. Malah paling penting, sudah memiliki kerjaya sendiri yang stabil dan menjadi pujaan ramai peminat.

Cik Pang yang mendengar bebelan teman ini hanya mampu tersenyum sambil geleng kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia