Harian Metro

Amyza ada masalah kewangan?

-

Sudah lama rasanya Cik Pang tidak mendengar kisah pelakon Amyza Aznan yang kelakar dan mesra orangnya.

Agak lama juga Amyza tidak berlakon.

Kalau tidak silap, kali terakhir Cik Pang menonton lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin di TV3. Dalam drama itu, Amyza melakonkan watak Datin yang berjaya dalam perniagaan.

Apa pun, barubaru ini seorang teman menyampaik­an cerita mengenai Amyza dikatakan terpaksa memberhent­ikan persekolah­an anaknya.

Kata teman itu, daripada maklumat diperoleh Amyza terpaksa mengambil tindakan itu kerana faktor kewangan. Dalam kata lain, Amyza tidak mampu menanggung perbelanja­an dan keperluan persekolah­an anaknya.

Memang terkejut Cik Pang mendengar cerita ini. Tapi melihatkan keadaan ekonomi negara kini, ia tidak mustahil terjadi.

Terus-terang, taraf kehidupan masyarakat terutama yang menetap di kawasan bandar pada masa kini memang sangat tinggi.

Amyza pula macam sudah lama Cik Pang lihat tidak berlakon. Apa pun, harapnya ini hanya gosip semata-mata.

Bagaimanap­un jika benar apa yang disampaika­n teman Cik Pang mengenai Amyza ini, semoga ada penjelasan diberi.

Apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan dan bagi Cik Pang, ini mungkin ujian buat Amyza dan keluarga.

Jauh di sudut hati, Cik Pang tetap doakan yang terbaik buat Amyza. Semoga Amyza masih mendapat tawaran berlakon.

Bagi Cik Pang,

Amyza anak seni yang berbakat besar dan boleh melakonkan apa saja watak sama ada komedi, serius dan juga watak jahat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia