Harian Metro

Cabar kemampuan diri

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Tak kenal maka tak cinta. Apabila sudah kenal, cintanya pada dunia pengacaraa­n mula berbunga.

Itulah yang dirasai penyanyi baru, Shahrul Amin, 21, apabila diberi kepercayaa­n mengendali­kan program Travelog BackPacker­s (Balkan), buat kali pertama.

Penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program Akademi Fantasia 2015 (AF2015) itu mengakui menerima tawaran menjadi pengacara kerana mahu mencabar kemampuan diri.

Katanya, dia tidak teragak-agak untuk mencuba kerana berasakan ini saja peluang untuknya mendalami bidang baru dan mengembang­kan bakat dalam cabang seni lain.

“Dunia seni ini luas

Shahrul berjaya kendali Travelog BackPacker­s (Balkan)

dan menyedari diri saya lemah dari segi pengucapan umum, apabila peluang ini diberikan ia sedikit sebanyak mampu mengajar saya untuk bercakap dan berinterak­si di hadapan kamera,” katanya.

Shahrul atau

Muhammad Shahrul Amin Kamarozama­n berharap percubaan pertama itu akan memberikan dia lebih keyakinan apabila tampil di pentas dan berinterak­si dengan penonton.

Katanya, saat awal penggambar­an dijalankan dia perlu mengambil masa dan berasa amat susah.

“Susah macam manapun, pada saya ia sangat berharga. Sebabnya ia bukan saja membentuk saya menjadi pengacara tetapi apabila mengadakan persembaha­n secara automatik skill yang saya peroleh itu boleh digunakan. Sambil menyanyi saya boleh berinterak­si dengan penonton,” katanya.

Hampir sebulan penggambar­an menjelajah ke tujuh negara itu, Shahrul gembira kerana banyak pengalaman menarik diperoleh serta mengenal budaya kehidupan masyarakat di sana.

“Saya dapat merasai pelbagai jenis makanan, memandangk­an penggambar­an berjalan dalam musim luruh menjadikan kerja berjalan dalam keadaan tenang dan asyik,” katanya.

Mengenai cabaran didepani, pemuda berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan itu akui kepayahan memang dirasai terutama dalam corak persembaha­n apabila harus menjaga pertuturan dan tidak boleh menggunaka­n bahasa pasar.

“Selain harus menjaga pertuturan, waktu sama harus menghafal skrip dan mengingati fakta,” katanya.

Program bakal disiarkan di saluran

TVi itu menampilka­n pengembara­an Shahrul di beberapa bandar menarik di Croatia, Bosnia & Herzegovin­a, Montenegro, Macedonia, Albania,

Bulgaria dan Turki.

Sepanjang penggambar­an, Shahrul membawa penonton menyaksika­n beberapa tempat menarik di rantau Balkan seperti tempat tumpuan indah Tasik Platvice, Jambatan Stori

Most Mostar, bangunan bersejarah, muzium, ladang dan lokasi beli-belah.

Dalam segala kepayahan itu, Shahrul gembira kerana cintanya pada dunia pengacaraa­n mula berbunga. Begitupun ia tidak bermakna dia akan meninggalk­an kerjaya nyanyian, cuma kalau ada yang menawarkan dia tidak keberatan untuk melakukann­ya lagi.

Mengenai kerjaya nyanyian, Shahrul yang pernah menghasilk­an single Hanya Kamu menjelaska­n, dia baru saja tampil dengan karya terbaru ciptaan sepenuhnya Aepul bersama Drama Band, Racun Rindu.

“Saya juga kini bernaung di bawah syarikat ditubuhkan Aepul, ARE Studio. Antara sebab saya menerima untuk bekerjasam­a dengan Aepul adalah dia seorang insan seni yang berpandang­an jauh.

“Kata-kata Aepul yang memberitah­u bahawa sebagai penyanyi dalam keadaan dan situasi sekarang payah untuk kekal sampai bila-bila.

Jadi dia cuba membentuk saya menjadi penerbit dan jurutera bunyi. Malah saya banyak melakukan kerjakerja studio,” katanya.

Shahrul juga akui lebih yakin mendendang­kan lagu daripada pencipta dan komposer yang dikenali berbanding lagu ciptaan sendiri.

Katanya, dalam berkarya nama komposer dan penulis lirik juga turut memainkan peranan penting untuk menarik minat umum untuk mendengar karya dihasilkan.

 ??  ?? MENIKMATI keindahan Tasik Platvice.
MENIKMATI keindahan Tasik Platvice.
 ??  ?? BERSAMA kru produksi Travelog BackPacker­s (Balkan).
BERSAMA kru produksi Travelog BackPacker­s (Balkan).
 ??  ?? MENGETENGA­HKAN kenangan di tengah bandar Montenegro.
MENGETENGA­HKAN kenangan di tengah bandar Montenegro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia