Harian Metro

Ella turun padang jual album

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Bagi memastikan album barunya mendapat perhatian, penyanyi rock legenda, Ella, 51, sedia turun padang untuk promosi Peace.Love.Rindu.

Ella atau Nor Zila Amiruddin ketika ditemui pada siri jelajah album itu di Ampang minggu lalu bersyukur albumnya banyak terjual melalui kaedah turun padang ini.

Katanya, biarpun dalam keadaan panas terik dia terharu kerana ramai yang turun memberi sokongan.

“Pada lokasi pertama di Johor Bahru, sebanyak 300 unit berjaya dijual. Di sini pun hampir 300 unit album dijual. Cetakan pertama sebanyak 3,000 unit hampir habis dijual dan bakal memasuki cetakan kedua,” katanya gembira.

Penyanyi itu akui aktiviti promosi turun padang sangat membantu penjualan albumnya. Walaupun ada cabang lain menggunaka­n kaedah penjualan dalam talian, baginya ia jauh berbeza.

“Saya sarankan penyanyi lain melakukan kaedah ini. Kalau penjualan dalam talian, penyanyi tidak dapat bersemuka dengan peminat mereka.

“Tetapi apabila dijual secara fizikal, ia dilihat lebih jujur dan masa sama berdepan dengan peminat yang memberi sokongan,” katanya.

Walaupun sudah lama dalam industri, Ella tidak kisah kerana gembira dapat lebih dekat dengan peminat sebenar terutama peminat baru dan lama.

Katanya, idea turun padang ini sebenarnya ditimbulka­n bersama syarikat rakaman

Universal Music bertujuan mendekatka­n dirinya dengan peminat.

“Bagi saya penjualan album fizikal masih relevan walaupun banyak kedai muzik yang menjual album sudah lama ‘bungkus’. Apabila banyak kedai muzik sudah tutup, ia limitasi kepada peminat dan peniaga untuk berjual beli.

“Ada juga penjualan album dalam talian tetapi seperti masa perkembang­an muzik semasa, kaedah pemasaran juga perlu melalui peredaran sama,” katanya.

Disebabkan itu katanya, walaupun turun padang penjualan album dalam talian turut sama naik.

Kata Ella, dia sangat terkesan dengan sambutan daripada peminat baru dan lama, terutama dengan pengetahua­n peminat baru golongan remaja dan kanakkanak yang kenal lagunya.

“Saya terkejut sebab remaja dan kanak-kanak juga tahu lagu saya. Kiranya ia sangat bagus. Mereka turut menyanyi bersamasam­a pada setiap konsert mini yang diadakan.

“Untuk album ini, ramai yang mula kenal dengan lagu duet Peace.Love.Rindu dan lagu Ku Sujud juga mula mendapat sambutan,” katanya.

Mengenai lagu duet Peace.Love.Rindu yang menampilka­n suaminya, Azhar Ghazali, Ella juga mahu memujuk suaminya untuk turut serta di beberapa lokasi promosi.

Ella gembira apabila suaminya turut serta untuk promosi di Ampang malah sedia naik ke pentas untuk menyanyika­n lagu itu bersamanya.

Katanya, dia rasa beruntung kerana suaminya juga sukakan muzik dan cukup ‘sporting’ untuk menyertai sesi persembaha­n atas pentas.

“Saya akui suami masih malu-malu terutama apabila dikerumuni peminat. Saya juga sudah memujuknya untuk cuba berada pada setiap siri jelajah.

“Mungkin dia tidak dapat ikuti semua lokasi tapi saya akan cuba paksa dia untuk turut serta,” kata Ella ketawa.

Selepas Johor Bahru dan Ampang yang berakhir minggu lalu, Ella meneruskan jelajah ke Alor Setar pada 3 November dan Pulau Pinang pada 4 November (semalam).

Kemudian dia akan ke beberapa lagi lokasi di pantai timur sebelum mengakhiri­nya dengan konsert utama di Dewan Philharmon­ik pada 2 dan 3 Disember depan.

Katanya, pengisian setiap lokasi akan ditambah baik. Mungkin pada siri jelajah nanti dia akan cuba buat waktu malam supaya peminat lebih relaks dan ‘enjoy’ berbanding waktu siang yang panas.

Tanpa berselindu­ng, Ella menasihati penyanyi lain supaya jangan takut untuk mengikut jejak langkahnya itu. Paling penting katanya, kena yakin dengan album yang diterbitka­n dan kenali peminat mereka.

 ??  ?? ELLA di sesi menandatan­gani
autograf bersama peminat.
ELLA di sesi menandatan­gani autograf bersama peminat.
 ??  ?? ELLA berduet bersama suami.
ELLA berduet bersama suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia