Harian Metro

Rempit Sampai Langit

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Rosyam bincang dengan pelakon promosi filem yang akan ditayangka­n 23 November ini

Untuk duduk berbincang mengenai hala tuju sesebuah karya selalunya ambil masa lama dan serius. Malah, mereka yang terbabit hanya peringkat pengurus besar bahagian tertentu.

Berbeza dengan pendekatan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang diterajui produser dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor.

Selebriti Metro Ahad sebelum ini berpeluang menyertai perbincang­an secara santai sambil menikmati juadah secara ‘potluck’ bersama barisan pelakon filem terbaru terbitanny­a, Rempit Sampai Langit.

Pada pertemuan santai itu, semua pelakon utama filem terbaru terbitanny­a hadir memberi buah fikiran masing-masing.

Antaranya Nabila

Huda, Ajak Shiro, Tauke Jambu dan Jay Iswazir. Malah pengarahny­a, Silver Chung turut hadir.

Menjadikan pejabat sendiri di Setiawangs­a sebagai lokasi berkumpul, Rosyam akui ini adalah pertama kali mereka berkumpul secara santai sambil bertukar pandangan.

Selalunya proses pengagihan tugas dan perbincang­an dilakukan di dalam grup WhatsApp atau di restoran saja.

Katanya, apabila bertemu dan menikmati juadah seperti ‘rumah terbuka’, semua yang hadir akan lebih faham kerana ada komunikasi dua hala.

Tanpa berselindu­ng, Rosyam berpendapa­t selalunya artis jarang berkerjasa­ma apabila diminta datang untuk berbincang mengenai hal berkaitan.

Andai ada sekali pun, sekadar menghantar pengurus masing-masing dan keputusann­ya hanya diketahui secara berlapisla­pis.

“Orang kata nak panggil artis untuk promosi susah. Jadi, saya rasa usaha yang saya lakukan ini bagus apabila artis utama datang beri kerjasama.

“Ini adalah permulaan yang baik buat syarikat dan produk terbitan Suhan Movies selepas ini. Kalau berjaya, saya akan adaptasika­n cara begini untuk drama terbitan saya juga,” katanya.

Kata Rosyam, kaedah dibuat ini mula menampakka­n

SOP (prosedur operasi standard) dan ia boleh diguna pakai pada pertemuan selepas ini. Kalau ada perubahan sekalipun, mungkin akan dibuat lebih meriah.

 ??  ?? BARISAN produksi Rempit Sampai Langit (dari kiri) Jay Iswazir, Rosyam, Ajak Shiro, Nabila, Chung dan Tauke Jambu. Orang kata nak panggil artis untuk promosi susah. Jadi, saya rasa usaha yang saya lakukan ini bagus apabila artis utama datang beri...
BARISAN produksi Rempit Sampai Langit (dari kiri) Jay Iswazir, Rosyam, Ajak Shiro, Nabila, Chung dan Tauke Jambu. Orang kata nak panggil artis untuk promosi susah. Jadi, saya rasa usaha yang saya lakukan ini bagus apabila artis utama datang beri...
 ??  ?? SANTAI nikmati ‘potluck’ selepas mesyuarat.
SANTAI nikmati ‘potluck’ selepas mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia