Harian Metro

Pilih lagu rentak EDM

-

single Di Ujung Jalan yang dilancarka­n pada 21 Ogos 2013 diikuti album baru, Perihal Besar pada Oktober 2013.

Bams atau Bambang Reguna Bukit, 34, yang ditemui ketika menjayakan AF Megastar baru-baru ini, menafikan keluar daripada Samsons kerana ada masalah dengan anggota lain.

Penyanyi kelahiran Ottawa, Kanada itu menjelaska­n, walaupun sudah lama meninggalk­an Samsons tetapi hubungan persahabat­an antara mereka masih baik.

“Kenyataan saya meninggalk­an Samsons kerana berselisih faham dengan anggota yang lain adalah tidak benar sama sekali.

“Malah sehingga kini kami sentiasa berhubung dan berbincang mengenai perkembang­an masingmasi­ng juga muzik semasa,” katanya.

Mengenai kemungkina­n mereka kembali bersatu untuk melaksanak­an projek khas sekali gus mengubat rindu peminat yang mahu menyaksika­n mereka beraksi bersama sekali lagi, Bams menegaskan, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Katanya, dia sendiri berasakan hala tujunya dalam industri muzik sudah terlalu jauh berbanding dengan apa yang ditampilka­n sewaktu bersama Samsons dulu.

Bams juga menafikan sepanjang tidak lagi bersama Samsons, timbul penyesalan dalam hatinya kerana meninggalk­an kumpulan itu saat populariti mereka berada di puncak.

Katanya, pada awal penubuhan Samsons dulu mereka tidak pernah menjadikan populariti dan wang sebagai taruhan.

“Saya tidak pernah ambil kesah mengenai populariti mahupun wang sebaliknya muzik yang kami hasilkan itu mendatangk­an wang.

“Sebagai penggiat industri muzik, saya memang dari dulu tidak mahu apa yang diperjuang­kan dicemari dengan unsur komersial.

“Sekarang ini popular atau tidak, saya tidak kesah kerana untuk mengetenga­hkan karya dihasilkan juga tidak susah kerana kini banyak platform media sosial dan digital boleh digunakan,” katanya.

Andai muzik yang diketengah­kan selepas ini tidak berjaya, kata Bams dia tidak akan berasa kecewa kerana kali ini dia melakukann­ya untuk kepuasan diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

Katanya, dia menghasilk­an lagu kerohanian sebaik meninggalk­an Samsons dan kini memilih untuk menghasilk­an lagu berentak Electronic Dance Music (EDM).

“Saya memilih EDM kerana sejak muzik itu mula diperkenal­kan di Indonesia, hati saya sudah mula berasa tertarik.

“Walaupun perkembang­annya masih baru tetapi EDM diterima baik peminat muzik di Indonesia. Saya percaya dengan muzik itu dan perkembang­annya di seluruh dunia sangat memberangs­angkan,” katanya.

Untuk single terbarunya, ia dihasilkan sepenuhnya oleh Bams dan diberi judul Solo.

Katanya, memandangk­an dia masih baru dengan muzik EDM, saudaranya juga seorang deejay kelab terkemuka di Jakarta dan sudah lama mempelopor­i muzik EDM banyak membantuny­a dalam menghasilk­an single terbarunya.

Bersama Samsons,

Bams menghasilk­an album Naluri Lelaki pada 2006 dan popular dengan lagu Kenangan Terindah diikuti album kedua, Penantian Hidup setahun kemudian dan 2008, Penantian Hidup Platinum Edition.

Waktu sama, Bams tampil dengan album

Stand Out bersama kumpulan barunya,

Giving My Best (GMB) serta beberapa album lagi bersama GMB.

Pernah bercinta dengan pelakon Nia Ramadhani lebih setahun pada 2007, Bams berkahwin dengan Mikhavita Wijaya pada 17 Januari 2014 dan mempunyai anak, Eleanor Reguna Bukit.

Bams nafi berpisah dengan kumpulan Samsons kerana selisih faham

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia