Harian Metro

Cuma jual nama Rentap

-

dengan Entiang (Diana), anak seorang pahlawan dari rumah panjang lain.

Kisah cinta mereka muncul ketika Sarawak berdepan penentanga­n kaum peribumi diketuai Rentap terhadap penjajahan British.

Jenang membawa berita kepada semua rumah panjang untuk mengajak mereka menyertai pasukan ditubuhkan Rentap.

Pengarah mendakwa filem ini mengangkat semangat perjuangan Rentap melalui Jenang yang pada masa sama ingin menyertai pasukan Rentap walaupun dihalang bapanya.

Jujurnya, semangat itu dilihat bagai acuh tak acuh kerana diselang-selikan dengan dendam Jambai (Charl) yang bencikan Jenang kerana menjadi pilihan Entiang.

Maka, wujudlah drama pasal cemburu Jambai terhadap Jenang yang akhirnya menyebabka­n Entiang dibunuh.

Walaupun filem ini tidak mempunyai fokus, ia wajar dipuji kerana set, kostum dan premis dianggap menarik ditonton.

Kiranya, berbaloila­h empat tahun rujukan dibuat penerbit bagi mendapatka­n ‘look and feel’ yang dimahukan pada filem ini.

Di segi lakonan pula, masih banyak perlu diperkemas­kan. Terutama dalam melontarka­n emosi dan pengucapan dialog agar tidak terlalu keras.

Rumusannya, jika anda mencari filem biografi aksi pasal Rentap, Perangsang Rentap bukan pilihan bijak! Bimbang ia merangsang penonton untuk ‘sentap’ dan kecewa sebaik plot mula berkembang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia