Harian Metro

Buat penonton berfikir

-

berfikir.

Victoria and Abdul bercerita pasal hubungan unik antara Ratu Victoria (Judi Dench) dan hambanya, Abdul Kareem (Ali Faizal).

Kareem dan rakannya, Mohammed (Adeel) berasal dari Agra, India dihantar ke England untuk menjadi pembawa syiling Ratu pada sambutan Jubli Intan Ratu.

Pertemuann­ya dengan Ratu, Kareem dapati figura itu seorang yang tertekan dan tidak gembira. Bermula dari situ, Kareem cuba menggembir­akan Ratu dengan cara sendiri.

Selepas mulai selesa, hubungan mereka bertambah akrab hinggakan Ratu mempelajar­i bahasa Urdu dan al-Quran, sesuatu yang tidak disenangi kerabat Istana.

Tidak dinafikan, ada babak-babak sensitif menyentuh isu agama tetapi itulah hakikatnya yang wujud ketika itu.

Menariknya, pengarah bijak menjadikan isu-isu itu diperdebat­kan dan dikembang dengan baik tanpa cuba menjatuhka­n mana-mana pihak.

Di segi lakonan, filem ini ibarat sebuah siri jelajah buat penonton menyaksika­n sendiri kehebatan lakonan Judi yang tidak siapa berani sangkal!

Lakonannya seolaholah memberi bayangan Oscar nanti bakal menjadi miliknya sekali lagi selepas pernah menang dan tercalon lebih 200 kali dalam sejarah hidupnya.

Ali Faizal juga tidak kurang hebat. Lontaran rasanya memberi satu persembaha­n yang meyakinkan sebagai watak pembantu terbaik setakat ini. Dia berjaya seimbangka­n keseluruha­n rasa yang wujud di dalam filem ini.

Pelakon pembantu lain seperti Olivia Williams, Simon Callow, Michael Gambon dan mendiang Tim Pigott-Smith turut memberi persembaha­n terbaik di layar.

Rumusannya filem ini sempurna di segi lakonan, keterujaan dan keseronoka­n. Jika anda mencari filem yang bertaraf Oscar tapi menarik, ini adalah terbaik setakat ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia