Harian Metro

Firman gementar, Ferhad risau

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Dua figura ini pernah mencipta nama besar dalam industri hiburan di Malaysia beberapa tahun lalu.

Firman Siagan, 38, dari Indonesia popular dengan lagu Kehilangan pada 2013 dan Ferhad Iberhim, 45, dari Singapura popular dengan lagu Kasih Berubah (2004).

Kini mereka berulangal­ik ke Kuala Lumpur untuk menyertai Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bermula minggu lalu.

Firman pemenang tempat ketiga Indonesian Idol pada 2004 akui pada awalnya menolak tawaran menyertai GV4 kerana beberapa acara pertanding­an seperti itu pernah disertai sebelum ini.

Bagaimanap­un katanya, selepas dimaklumka­n ia program realiti nyanyian paling popular di sini dia terus melakukan sedikit rujukan melalui tontonan di YouTube.

“Saya juga bertanya adakah akan ada ‘drama’ yang dirancang seperti dalam kebanyakan program realiti sebelum ini dan penganjur mengatakan tiada. Kata mereka, ia pertanding­an nyanyian yang jujur.

“Disebabkan itu, saya bersetuju dan terus menyusun jadual persembaha­n untuk disesuaika­n dengan jadual di sini,” katanya.

Walaupun terpaksa terbang setiap Jumaat dan pulang ke Jakarta pada Isnin, Firman akui undangan persembaha­n berjalan seperti biasa.

Katanya, awalnya dia juga bimbang kerana kebanyakan tawaran persembaha­n pada hujung minggu bermula Jumaat dan terpaksa menolak persembaha­n hujung minggu.

“Kini syukur kerana Selasa, Rabu dan Khamis juga dipenuhi dengan undangan persembaha­n lain,” katanya gembira.

Pada konsert pertama Ahad lalu, Firman menduduki tempat kedua selepas Aishah. Tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, Firman akui tetap gementar walaupun sudah membuat banyak persembaha­n dan menyertai pelbagai pertanding­an nyanyian.

“Saya hanya perlu buat yang terbaik untuk atasi perasaan itu. Genre lagu paling sukar buat saya adalah dangdut dan irama Melayu. Cangkuk lagu itu perlukan kemahiran tinggi dan saya perlu pelajari lagi,” katanya.

Dia juga rasa terbeban kerana menjadi satusatuny­a wakil dari Indonesia. Tapi selepas berbincang dengan pengurus dan keluarga, dia menganggap GV adalah sebuah persembaha­n, bukan pertanding­an.

Hal sama dikongsika­n Ferhad tatkala ditanya genre lagu yang menjadi cabaran besar buatnya.

Katanya, genre etnik kreatif dan dangdut perlukan penyanyiny­a bijak bermain dengan lenggok.

“Tidak nafikan itu genre paling merisaukan saya. Disebabkan itu saya kena belajar bermain dengan lenggok dan sesuaikann­ya dengan gaya yang buatkan saya selesa.

“Genre lain tiada masalah sebab sering membuat persembaha­n menyanyika­n pelbagai genre di majlis makan malam dan acara tertutup sebelum ini,” katanya.

Ferhad gembira dapat kembali ke pentas besar setelah sekian lama menyepikan diri daripada persembaha­n siaran langsung.

Katanya, ia mengembali­kan memori lama. Walaupun masih aktif dalam membuat persembaha­n di majlis makan malam dan tertutup, untuk artis yang sudah lama senyap sepertinya amat perlukan pentas seperti ini untuk kembali.

“Saya ikuti GV lalu dan kebimbanga­n saya adalah bagaimana artis pelbagai genre dilayan. Jujurnya mereka dilayan adil sebab tiada undian dalam talian atau undian penonton.

“Saya sedar genre muzik saya agak ‘niche’ kerana masyarakat masih melihat saya sebagai penyanyi Singapura yang membawa lagu R&B dan urban,” katanya.

Ferhad akui pernah ditawarkan beberapa kali menyertai GV sebelum ini tetapi menolak kerana anaknya masih kecil dan sibuk dengan perkara lain.

Malah apabila diletakkan sebagai artis mewakili Singapura, ia mengembali­kan memori pada awal kemunculan.

“Saya pernah lalui isu diskrimina­si suatu ketika dulu tapi saya tidak lihat dari sudut itu. Saya lihat isu ini sebagai peluang terbaik untuk program melonjak lebih jauh ke Nusantara, sekali gus merancakka­n industri,” katanya.

Malam ini Firman akan menyanyika­n lagu yang pernah dipopulark­an kumpulan Spoon dan pernah menjadi singlenya, Rindu Serindu Rindunya. Ferhad pula akan menyanyika­n lagu dipopulark­an Cakra Khan, Harus Terpisah.

 ??  ?? FIRMAN
FIRMAN
 ?? FOTO: ?? FERHAD
FOTO: FERHAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia