Harian Metro

Harapan Pesakit Kanser Dalam Burung Kertas

-

Telefilem Burung Kertas dijayakan Nadiya Nisaa dan Beto Khusyairy mengangkat kisah menyuntik motivasi diri seorang pesakit kanser yang gigih berjuang melawan takdir ditentukan Allah kepadanya.

Kisahnya bermula dengan Azrol, pelajar jurusan pengurusan hotel sebuah IPTA, di Kuala Lumpur yang mengikuti latihan amali di sebuah pusat peranginan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Dia menjalani latihan amali di pulau tersebut kerana mahu mencari ketenangan setelah putus hubungan dengan teman wanitanya.

Semasa di Pulau Perhentian,

Azrol terpikat dengan Fira, gadis tempatan pekerja di kedai cenderahat­i. Hubungan mereka pada mulanya tidak disenangi oleh Faiz, rakan sekampung Fira yang juga menaruh hati terhadap Fira tetapi melihat kesungguha­n Azrol, Faiz mengalah dan akhirnya mereka menjadi sahabat.

Ketika melewati musim percintaan, setiap kali bertemu Fira, Azrol menghadiah­kan seekor burung kertas origami sebagai tanda pertemuan mereka.

Semua burung kertas itu akan digantung Fira di biliknya sebagai simbolik lambang percintaan mereka.

Masa berlalu dan Azrol kembali ke Kuala Lumpur menyambung pengajian. Hubungan mereka terhenti setakat itu, namun mereka berjanji untuk menyambung semula hubungan cinta tersebut setelah Azrol tamat pengajian. Walaupun masing-masing berat hati dengan keputusan itu, kedua-duanya terpaksa akur dengan keadaan.

Setelah sekian lama tidak bertemu Fira, Azrol kembali ke pulau itu seperti dijanjikan apabila tamat menyambung pengajian. Hatinya begitu gembira sekali untuk bertemu semula dengan Fira.

Namun takdir Allah tidak siapa yang dapat menduga. Fira sebenarnya telah lama menyembuny­ikan penyakit kanser dideritain­ya daripada pengetahua­n orang lain termasuk Azrol.

Saksikan Burung Kertas arahan Fairuz Loy yang turut dijayakan Roslan Salleh, Jay Iswazir dan Rozie Othman ini menerusi slot Citra di TV2 pada 10 November, jam 9.30 malam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia