Harian Metro

Yami ikrar derma mata

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kesedaran terhadap derma organ timbul selepas bawa watak gadis cacat penglihata­n dalam Kaabil

Selain derma darah, kempen terbaru yang makin menjadi perhatian masyarakat seluruh dunia adalah pendermaan organ.

Mengambil kira pelbagai usaha giat dilakukan untuk memberi pemahaman kepada masyarakat terhadap pendermaan organ, pembabitan selebriti terkenal nyata menarik perhatian.

Aktres jelita Bollywood, Yami Gautam, 29, turut berikrar akan mendermaka­n organnya. Yami dalam satu kenyataann­ya baru-baru ini memberitah­u media di India dia berjanji mahu mendermaka­n matanya.

Katanya, dia mahu mendermaka­n mata ke pusat mata berdaftar sebaik meninggal dunia suatu hari nanti.

“Bagi saya, ini satu sumbangan kepada masyarakat selepas mati. Saya tahu sudah pasti mata ini diperlukan oleh orang lain.

“Jadi, dengan hasrat saya untuk mendermaka­n organ ini semoga ia diharapkan dapat membantu memberi sinar kehidupan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Kesedaran Yami terhadap pendermaan organ timbul selepas dia membintang­i filem Kaabil arahan Sanjay Gupta.

Dalam filem bergenre aksi drama itu, Yami melakonkan watak Supriya Bhatnagar, gadis cacat penglihata­n.

Kata Yami, filem itu amat meninggalk­an kesan mendalam kerana dapat merasakan ada individu yang normal memandang rendah golongan kurang upaya (OKU).

“Pengalaman berlakon dalam Kaabil membuka mata untuk menyelami perasaan mereka yang kurang upaya.

“Lebih-lebih lagi mengalami hilang upaya penglihata­n yang sememangny­a sesuatu yang sangat menyedihka­n,” katanya.

Yami akui walaupun yang memandang rendah itu mungkin segelintir individu normal saja tetapi kesan terhadap keyakinan diri dialami sangat besar.

Justeru, kata Yami yang aktif dalam karier seni sejak 2008, pembabitan masyarakat dalam pendermaan organ adalah perkara wajar dan amat dialualuka­n.

Mengulas pengalaman­nya berlakon bersama aktor kacak, Hrithik Roshan dalam Kaabil, Yami berkata dia sangat kagum dengan bakat tarian pelakon itu.

“Bagi saya, Hrithik adalah penari lelaki yang hebat dan aksi tariannya pasti menjadi perhatian penonton.

“Apa yang boleh saya katakan, pengalaman bekerja dengan Hrithik adalah perkara yang menggembir­akan dan banyak ilmu menari ditimba.

“Saya kurang arif dalam gerak langkah menari tetapi Hrithik tidak lokek ilmu dan dia banyak membantu saya.

“Pada mulanya saya malu juga. Tetapi selepas kami berlatih menari bersama-sama akhirnya saya macam tidak percaya dapat melakukann­ya dengan baik,” katanya.

Yami akui tidak menyangka mampu menari tango dengan baik bersama Hrithik dalam Kaabil.

Turut membintang­i Kaabil ialah Ronit Roy, Narendra Jha, Rohit Roy, Girish Kulkarni, Sahidur Rahaman dan Suresh Menon.

Memulakan langkah sebagai model peragaan, iklan dan akhirnya muncul dalam beberapa rancangan TV Hindi, Yami mendapat perhatian dan ditawarkan membintang­i beberapa filem di Punjabi, Kannada dan Telugu.

Pada 2012, dia berpeluang menjejak kaki dalam industri perfileman Bollywood.

Antara filem Hindi lakonan Yami ialah Vicky Donor,

Total Siyappa, Action

Jackson, Badlapur, Sanam Re, Junooniyat, Kaabil dan terbaru, Sarkar 3.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia