Harian Metro

200 takluk Gunung Datuk

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Aktiviti beri manfaat kesihatan fizikal dan mental, selain didik belia hargai khazanah alam negara

200 belia sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang, menyertai program 1Voluntour­ism, 1 Gunung 1 Negeri, mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program anjuran Gerakwanis Gerakan Belia 4B itu mendapat kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementeria­n Belia dan Sukan, Gerakan Puteri UMNO dan 1 Voluntouri­sm.

Penganjura­n aktiviti lasak termasuk kegiatan memanjat gunung menjadi amalan cara hidup sihat dalam kalangan belia dan turut disertai Timbalan Menteri Pelanconga­n, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin.

Menurut Mas Ermieyati, sukan ekstrem seperti mendaki gunung kini semakin diminati ramai dan terbukti dengan jumlah penyertaan yang diterima program berkenaan.

Kata beliau, program seumpama itu adalah platform terbaik untuk menggalakk­an golongan muda menyertai kegiatan riadah yang memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.

“Kejayaan pasukan pendaki wanita, Kembara Srikandi Prihatin (KSP) dalam misi ke Gunung Elbrus, Russia, baru-baru ini menyuntik semangat kita supaya menyokong aktiviti sukan yang memberi banyak manfaat untuk semua.

“Mereka membuktika­n tiada apa yang mustahil untuk wanita capai jika mempunyai impian dan kesungguha­n untuk merealisas­ikannya. Aktiviti sebegini bukan saja mengukuhka­n lagi perpaduan dalam kalangan belia yang berbilang kaum, malah ia akan menjadi penanda aras untuk aktiviti 1 Negeri 1 Gunung yang akan datang,” katanya berucap pada majlis perasmian program berkenaan.

Mas Ermieyati turut menyertai peserta dan pasukan KSP mendaki gunung yang turut dikenali sebagai Gunung Beradat itu. Gunung Datuk menjadi pilihan kerana ia adalah antara pergununga­n di Negeri Sembilan yang terkenal dalam kalangan penggemar sukan mendaki tempatan. Terletak di Kampung Batang Nyamor iaitu kira-kira 21

kilometer

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia