Harian Metro

Tempuh laluan balak

-

Trek licin akibat hujan serta sungai cabar peserta MTB Antarabang­sa Beris

perlumbaan itu mendapat kerjasama Majlis

Daerah Sik, Kedah turut menyaksika­n penyertaan 900 peserta seawal usia sembilan tahun hinggalah kepada wakil veteran mencecah 68 tahun.

“Dalam perlumbaan MTB Beris kali ini kami menawarkan lima kategori iaitu lelaki dan wanita terbuka, institusi pengajian tinggi (IPT), junior dan senior veteran.

“Meskipun kali ini lokasi sama tetapi trek hanya 40 peratus mengekalka­n laluan sama sementara 60 peratus jalan baru.

“Selain peserta tempatan, ada penyertaan dari Thailand, Brunei dan Singapura mencecah lebih 20 peserta dalam kejohanan MTB kali ini.

“Harapan kami lebih ramai lagi peserta luar dapat memeriahka­n kejohanan untuk tahun akan datang,” katanya.

Tambah Harris, syarat penyertaan bagi kategori IPT untuk kejohanan MTB Beris diperketat­kan bagi tujuan memberi peluang kepada muka baru menaiki podium.

“Ada kelainan bagi penyertaan kategori IPT apabila kali ini peserta kategori terbabit mestilah individu tidak pernah memenangi sebarang kejohanan basikal.

“Ini sebagai galakan kepada pelajar IPT terutama baru dalam sukan ini menyertai perlumbaan dengan menawarkan peluang sama rata dalam merebut tempat terbaik di podium,” katanya.

Mengenai tahap kesukaran laluan kali ini, kata Harris peserta dari pelbagai kelab basikal menyifatka­n laluan MTB Beris antara ‘spot’ terbaik bagi peminat basikal gunung.

“Dengan laluan berbukit, kering serta basah, semestinya setiap kayuhan menguji fizikal dan mental.

“Terutama di jalan balak disebabkan hujan lebat, ia menguji teknikal serta skil peserta berdepan dengan trek licin.

“Malah dua sungai juga memerlukan peserta merentasi semestinya memberi pengalaman menyusuri laluan berair.

“Sepanjang 37 kilometer, ada empat pos sehenti dan tiga stesen minuman untuk peserta,” katanya.

Berkongsi cabaran dihadapi sepanjang penganjura­n, kata Harris seperti perlumbaan lain, insiden kecil ketika pelepasan ialah isu normal.

Katanya, tiada kemalangan besar dihadapi peserta apabila pelumba cuba melepasi antara satu sama lain ketika pelepasan.

“Kami penganjur sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dalam mengurangk­an risiko kecederaan dan kemalangan.

“Kami berharap peserta juga boleh menitik beratkan keselamata­n mereka meskipun mahu mengejar kemenangan,” katanya.

 ??  ?? INFO
Jamboree Basikal Gunung (MTB) Antarabang­sa Beris 2017
Anjuran Harlie Venture bersama Majlis Daerah
Sik Kedah
Lokasi sekitar Tasik
Beris
Jarak 37 kilometer (70 peratus ‘off road’)
Lima kategori: Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, IPT, Junior...
INFO Jamboree Basikal Gunung (MTB) Antarabang­sa Beris 2017 Anjuran Harlie Venture bersama Majlis Daerah Sik Kedah Lokasi sekitar Tasik Beris Jarak 37 kilometer (70 peratus ‘off road’) Lima kategori: Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, IPT, Junior...
 ??  ?? DERETAN basikal milik peserta.
DERETAN basikal milik peserta.
 ??  ?? HARRIS
HARRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia