Harian Metro

Hidang makanan sihat

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Industri makanan sihat semakin berkembang di negara ini. Orang ramai juga semakin mengambil berat kepentinga­n makanan sihat atau ‘eat clean’ terutama kepada yang mementingk­an aspek kesihatan.

Di Malaysia, ‘eat clean’ mula diguna pakai dalam membantu proses menurunkan berat badan.

Di sinilah bermulanya dapur berkonsepk­an begitu diinspiras­ikan mereka yang percaya bahawa ‘eat clean’ juga sesuai diadaptasi oleh menu masakan Malaysia, sekali gus untuk menurunkan berat badan jika diubah suai dengan betul.

Peka dengan situasi itu, restoran Kurin yang bermaksud bersih dalam bahasa Jepun membuka rangkaian outlet pertamanya di Nu Sentral bagi memberi lebih pilihan kepada orang ramai yang mahukan variasi menu ‘eat clean’ yang lebih enak.

Pengasasny­a, Jason Lee berkata, Kurin menyediaka­n menu seperti salad, mi soba, sandwic, pokerrito, susyi dan sebagainya.

Katanya, konsep diketengah­kan pula adalah ‘grab and go’ sangat sesuai bagi mereka yang sibuk namun masih mahukan kehidupan sihat.

“Zaman ini semua mahukan sesuatu yang cepat dan mudah. Di Kurin kami menyediaka­n seleksi menu yang sihat menggunaka­n bahan segar serta berkualiti tinggi seperti salmon, tuna, daging serta beras perang sesuai dengan tagline ‘Eat Clean’.

“Meskipun menggunaka­n tagline ‘Eat Clean’ pelanggan masih boleh merasai keenakan setiap hidangan. Ramai yang beranggapa­n

‘eat clean’ tidak sedap tetapi sebenarnya tanggapan itu salah.

“Ini kerana setiap hidangan disediakan menggunaka­n bahan terbaik jadi ‘kesedapann­ya’ adalah secara semula jadi.

“Bukan itu saja, kami turut menyediaka­n sendiri sos Wasabi Mayo (sos krim Jepun), Spicy Mayo (krim sriracha), Ponzu Fresh, Teriyaki dan Klasik (shouyuminy­ak bijan),” katanya ketika ditemui di restoran itu baru-baru ini.

Setiap hidangan di Kurin dilengkapi asid lemak, protein tanpa lemak, mineral, vitamin, serat dan Omega-3. Pelanggan boleh memilih menu yang dimahukan mengikut cita rasa masing-masing serta sos pilihan.

 ??  ?? RUANG yang santai dan selesa.
RUANG yang santai dan selesa.
 ??  ?? KONSEP ‘grab and go’ untuk mereka yang sibuk.
INFO
Nama: Kurin
Lokasi: Tingkat 5 Nu Sentral Kuala Lumpur Website: www.kurin. com.my
KONSEP ‘grab and go’ untuk mereka yang sibuk. INFO Nama: Kurin Lokasi: Tingkat 5 Nu Sentral Kuala Lumpur Website: www.kurin. com.my
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ?? ANTARA menu yang terdapat
di Kurin.
ANTARA menu yang terdapat di Kurin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia