Harian Metro

Anggap ujian satu hadiah

-

Dr Khairul buku kisah jaga tiga ahli keluarga kena kanser termasuk isteri

dua minggu.

“Bayangkanl­ah keadaan saya perlu menjadi bapa dan ibu kepada tiga anak yang masih kecil.

“Ada kala terdetik di hati, kenapa saya perlu melalui dugaan ini. Namun saya kembali kepada fitrah.

“Saya ingat kembali bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan seseorang.

Jika Allah mahu uji tidak kira pangkat mahupun kedudukan.

“Alhamdulil­lah saya berjaya melalui tempoh genting itu dengan bantuan serta sokongan keluarga serta rakan terdekat,” katanya.

Disebabkan kisah hidupnya itu, dia berjaya ‘membukukan’ untuk dijadikan inspirasi kepada orang ramai yang melalui keadaan sepertinya.

“Tiga Kanser 10 Bulan adalah tajuk buku pertama saya yang sudah memasuki cetakan kedua. Di dalam buku ini saya tulis dari awal hingga akhir apa yang saya rasa dan lakukan supaya diri sentiasa positif.

“Awalnya saya langsung tidak berniat membuat buku, namun selepas memuat naik gambar isteri di laman sosial selepas dia sembuh, ramai mula bertanya kaedah dan cara yang saya lakukan.

“Jadi untuk menjawab segala persoalan serta berkongsi ilmu, lahirlah buku ini,” katanya.

Khairul Azlan turut berpesan kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga didiagnosi­s kanser supaya jangan mudah putus asa dan teruskan memberi sokongan.

“Saya akui apa yang dilalui bukan mudah. Sebab itu pentingnya sokongan terutama daripada ahli keluarga dan rakan terdekat. Bantulah setakat yang boleh jika ia mampu meringanka­n beban pesakit,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA buku yang diilhamkan slepas menjaga ahli keluarga yang menghidap kanser.
PROFIL
NAMA: Dr Khairul Azlan Kamaludin UMUR: 41 tahun
ASAL: Kuala Ketil, Kedah
JAWATAN: Pakar Perubatan Kecemasan & Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Langkawi...
BERSAMA buku yang diilhamkan slepas menjaga ahli keluarga yang menghidap kanser. PROFIL NAMA: Dr Khairul Azlan Kamaludin UMUR: 41 tahun ASAL: Kuala Ketil, Kedah JAWATAN: Pakar Perubatan Kecemasan & Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Langkawi...
 ??  ?? OPTIMIS isteri akan sembuh menjadi kenyataan.
OPTIMIS isteri akan sembuh menjadi kenyataan.
 ??  ?? Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Dalhousie, Kanada dan Ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan Kecemasan) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) BLOG:://drkazlan.com KHAIRUL Azlan bersama isteri dan tiga anaknya.
Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Dalhousie, Kanada dan Ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan Kecemasan) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) BLOG:://drkazlan.com KHAIRUL Azlan bersama isteri dan tiga anaknya.
 ??  ?? KETIKA menjaga isterinya yang sakit.
KETIKA menjaga isterinya yang sakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia