Harian Metro

Berbaloi untuk dimiliki

-

Kawasaki Z800 mula diperkenal­kan sekitar

2013 disifatkan motosikal berkuasa tinggi mampu milik, memandangk­an harganya sekitar RM49,000 ke RM51,000 pemasangan tempatan (CKD).

Waktu itu golongan pendapatan sederhana tinggi majoritiny­a eksekutif muda berlumba-lumba menaik taraf jentera masing-masing daripada kapcai ke jentera berkuasa tinggi.

Ketika diberi peluang oleh Kawasaki Motors Malaysia yang beribu pejabat di Glenmarie Shah Alam untuk menunggang uji jentera terbaru Z900, penulis berasa teruja.

Apatah lagi ia hampir sama dengan ‘abangnya’ iaitu Z800.

Penulis tertarik dengan paparan meter elektronik jentera itu, jarum RPM elektronik persis jarum analog yang membuatkan­nya kelihatan lebih ‘jantan’.

Selain paparan asas motosikal, ia juga dimuatkan bacaan gear yang membuatkan penunggang tidak keliru sewaktu menaik mahupun menurunkan gear.

Meskipun ‘ombak’ Z900 tidak seperti Z800 dahulu, namun reka bentuk Sugomi yang garang dan ganas menjadikan ia sesuai dengan golongan muda.

Dengan kapasiti enjin 948cc iaitu 140cc lebih tinggi berbanding Z800, empat silinder sebaris penyejukan

Harga Z900 tidak jauh beza dengan Z800

cecair menghasilk­an 124hp pada 9,500rpm dan 98.6Nm tork pada 7,700rpm.

Prestasi jentera di laluan lurus mampu menjangkau 250km/j dan paling diingati adalah kestabilan­nya meskipun penulis terpaksa menempuh angin kuat pada kelajuan tinggi.

Kawasaki Z900 ABS juga dilengkapi suspensi fork terbalik 41mm di depan dan monoshock belakang bergerak harmoni dengan brek cakera 300mm bersama kaliper 4-piston dan cakera 250mm dengan kaliper piston tunggal belakang menjadikan jentera ini selesa ditunggang.

Penulis menghabisk­an masa sehari suntuk bersama jentera kebanggaan Jepun ini ke beberapa daerah di Selangor bermula dari Sungai Buloh, Rawang hinggalah ke Sepang dengan jarak 150 kilometer dan kelembutan suspensiny­a memang mengagumka­n.

Berat keseluruha­n jentera ini 213 kilogram atau 16 kilogram lebih ringan berbanding Z800 serta casis baru lebih kecil memudahkan ia dikendali terutama sewaktu melalui jalan sesak dan mencabar.

Ia juga dilengkapi ‘slipper clutch’ yang menjadikan jentera ini lebih selamat terutama sewaktu menurunkan gear enam kelajuan secara mendadak.

Penulis sifatkan Kawasaki Z900 sebenarnya lebih menarik dan relevan pada masa kini dengan mengambil kira faktor ekonomi, permukaan jalan dan kesesakan lalu lintas.

Paling menarik harganya hanya sekitar RM49,200 hingga RM51,000 hampir menyamai harga Z800 dahulu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia