Harian Metro

Ciri keselamata­n terbaik

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Teknologi Honda Sensing untuk model CR-V generasi kelima

Menerima sambutan menggalakk­an apabila terjual melebihi 5,000 unit dalam tempoh dua bulan menjadikan model serba baru CR-V sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengaha­n pilihan pembeli di negara ini.

Selepas dilancarka­n

Julai lalu, Honda Malaysia menganjurk­an sesi pandu uji bersama media dari Putrajaya menuju Johor Bahru baru-baru ini bagi memberi gambaran dan pengalaman lebih dekat pelbagai ciri terkini pada model generasi kelima itu.

Penulis bersama rakan dari Berita Harian dan Paultan BM berkongsi kenderaan daripada 10 buah unit disediakan daripada varian tertinggi 1.5L TC-P 2WD dan 1.5 TC 4WD.

Aktiviti pertama pagi itu menguji teknologi keselamata­n termaju dengan Honda Sensing ciri masa akan datang membantu memberi amaran kepada pemandu dan mengelakka­n daripada berlakunya pelanggara­n.

Antara sistem diuji ialah Amaran Pelanggara­n Hadapan (FCW), Sistem Brek Penguranga­n Pelanggara­n (CMBS) yang mengesan kenderaan atau pejalan kaki di hadapan melalui kamera monokular dan radar yang mengurangk­an kelajuan serta kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan LowSpeed Follow (LSF) untuk mengekalka­n jarak selamat.

Ujian slalom diadakan bagi menguji kestabilan dengan fungsi Bantu Kestabilan Kenderaan

(VSA) serta keupayaan membrek bagi sistem brek anti-kunci (ABS) menjadikan kawalan lebih stabil dan mantap.

Selain itu Amaran Perlepasan Lorong

(LDW) dan Penguranga­n Perlepasan Jalan (RDM) yang mengesan garisan putih di atas jalan raya bagi mengekalka­n pada laluan dan Sistem Bantu Kekal Lorong (LKAS) memberi bantuan membetulka­n semula kenderaan secara automatik ke laluan asal.

Semua fungsi ini diuji dan amat membantu jika dalam kesesakan jalan raya atau pemandu mengantuk tersasar haluan ia akan mengekalka­n kembali kenderaan ke laluan betul.

Selesai ujian Honda Sensing, media terus bergerak ke selatan melalui lebuh raya serta jalan Persekutua­n ke Kluang untuk menguji keselesaan perjalanan jarak jauh dan keupayaan juga prestasi berterusan dengan enjin

1.5L VTEC Pengecas Turbo.

Pada pelbagai kelajuan, ia mengalirka­n tenaga dengan lancar serta mampu mencapai kelajuan sekitar 200 kilometer/sejam (km/j) dengan kuasa kuda 193PS dan tork 243Nm menyamai prestasi enjin yang berkuasa 2.4 liter.

Ujian perbanding­an diadakan melalui beberapa jenama pesaing terdekat model CR-V bagi melihat keluasan ruang dan kuasa enjin di sekitar Desaru dengan tawaran ruang but sehingga 1,084 liter (kerusi belakang dijatuhkan) menjadikan ia fleksibel dan luas.

Honda CR-V ditawarkan dalam empat varian iaitu

2.0 2WD, 1.5 TC 2WD,

1.5 TC 4WD dan 1.5 TC-P 2WD dijual daripada harga RM142,400 hingga RM167,700 seunit dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

 ??  ?? HONDA CR-V serba baru dengan
ciri keselamata­n termoden.
HONDA CR-V serba baru dengan ciri keselamata­n termoden.
 ??  ?? SLALOM untuk menguji kestabilan.
RUANG dalaman lebih luas dan premium.
SLALOM untuk menguji kestabilan. RUANG dalaman lebih luas dan premium.
 ??  ?? UJIAN Honda Sensing.
ANTARA sistem Honda Sensing.
UJIAN Honda Sensing. ANTARA sistem Honda Sensing.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia