Harian Metro

Stereng bergegar

-

Baru baru ini, saya menukar rim tayar kereta Nissan Maxima (model impot) kepada rim sport.

Kini saya tidak lagi boleh memandu selesa melebihi 120 kilometer/ sejam (km/j) kerana stereng terasa bergegar, tidak seperti sebelumnya di mana saya boleh memandu sehingga 160km/j dengan selesa.

Masalahnya masih tidak selesai walaupun sudah tiga kali saya membawa kereta ke kedai tayar untuk pemeriksaa­n dan imbangan semula.

Ishak Majid, Bagan Serai, Perak

Gegaran tayar lazimnya disebabkan ketidaksei­mbangan berat pada unit tayar secara keseluruha­n.

Ini termasukla­h rim tayar itu, selain tayar sendiri sama ada bengkok atau tayar yang dipasang senget akan menyebabka­n gegaran.

Selalunya ini dapat dikesan apabila kita melakukan imbangan tayar secara memusingny­a pada alat imbangan.

Namun begitu, jika imbangan luaran adalah sekata dan anda masih menghadapi masalah gegaran stereng, elok dibuat imbangan dengan tayar terpasang ataupun ‘on-wheel balancing’.

Gegaran terjadi kerana beberapa sebab seperti pemasangan rim tidak betul atau lubang skru kurang tepat, mungkin dialami dengan rim murah atau rim rosak sewaktu pembuatann­ya.

Imbangan atas roda seperti ini dapat mengesan gegaran pada kelajuan tertentu, kerana mesin imbangan ini mampu memusing roda mengikut kelajuan km/j.

Mungkin juga disebabkan anjakan atau offset yang tidak sesuai bagi kereta anda serta harus difahami bahawa bukan semua rim sport boleh dipakai walaupun saiznya sama.

Anjakan atau offset yang sesuai adalah perlu untuk penyesuaia­n pembahagia­n berat dan pusingan tayar, sebagaiman­a kenderaan itu direka asalnya.

Ketidakses­uaian anjakan atau offset ini hanya boleh dibetulkan dengan menukar kembali kepada rim yang sesuai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia