Harian Metro

Ranggi Yamaha LC

-

Ubah suai dengan aksesori tambahan

jadikan ia tampil berbeza

dalam dunia autoshow motosikal.

Yamaha LC135 tahun 2012 milik Nik Rahizal Mustaffa Kamal, 26, sememangny­a berbeza apabila mengenakan coverset R25 New

Hibrid lengkap dengan ‘sampan’ di bawah enjin yang dibawa khas dari Indonesia.

Menariknya coverset ini mengguna pakai sepasang mata burung hantu iaitu lampu hadapan Yamaha Lagenda yang terselit pada ruang hadapan.

Selain itu, sudut pemanduan jentera juga dinaik taraf apabila pemilik menukar dan menggunaka­n hendal Yamaha X1R.

Lampu belakang jentera digantikan jenis LED manakala tempat duduk jentera dibina khas seolaholah gaya superbike.

Penambahan pelbagai aksesori turut menjadikan jentera lebih bergaya seperti perehat kaki Racing Boy, perumah enjin Racing

Boy, pemegang hendal Racing Boy, RPM Koso, dan sebagainya.

Seterusnya, kuasa hentian jentera menggunaka­n brek cakera Racing Boy manakala kestabilan menggunaka­n fork Trusty di hadapan manakala penyerap hentak tunggal di belakang masih menggunaka­n komponen asal.

Turut menyerlahk­an gaya jentera apabila

Rim Racing Boy dengan balutan tayar Swallow Samurai dikenakan dan lebih unik apabila tema

AGV pada coverset jentera turut diabadikan pada rim terbabit melalui teknik Airbrush.

Bahagian enjin tidak banyak diubah suai berikutan jentera ini tidak dikhaskan untuk kelajuan dan antara komponen yang ditukar adalah karburator Uma Racing dan ekzos Nobi Titan.

Jentera yang selalu muncul dalam autoshow motosikal kerap kali mendapat perhatian juri dan ditanya mengenai kos, pemilik menegaskan sebanyak RM5,000 sudah dibelanjak­annya.

 ??  ?? YAMAHA LC135 memukau.
YAMAHA LC135 memukau.
 ??  ?? PELARAS rantai Racing Boy.
PELARAS rantai Racing Boy.
 ??  ?? BAR pemanduan Yamaha X1R.
BAR pemanduan Yamaha X1R.
 ??  ?? METER RPM Koso.
METER RPM Koso.
 ??  ?? EKZOS Nobi Titan.
EKZOS Nobi Titan.
 ??  ?? AKSESORI pelaras haba.
AKSESORI pelaras haba.
 ??  ?? SAMPAN khas pelindung
bahagian bawah enjin.
SAMPAN khas pelindung bahagian bawah enjin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia