Harian Metro

Selesa bertumit tinggi

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Puppies terus melakar senyuman di wajah peminat sepatu menerusi koleksi Dream On apabila merealisas­ikan keselesaan yang diidamkan pemakai kasut bertumit tinggi terutamany­a.

Bukan omong kosong, jenama sepatu tersohor dari negara Uncle Sam itu memberi peluang kepada pengamal media dan pemakai setia mencuba sendiri koleksi berkenaan ketika sesi pelancaran seleksi Musim Panas yang berlangsun­g di Restoran Bowery & Bar, Publika, baru-baru ini.

Jelas teruja dengan teknologi terbaru bagi koleksi itu yang menggunaka­n fiber khusus bukan saja lembut sebaik tumit menyentuhn­ya, malah tampak trendy dengan rekaan musim terbabit.

Menurut Pengurus Pemasaran Transmarco Concept Sdn Bhd Fendi Taha, tiada lebih bermakna selain keselesaan dirasai sebaik mengenakan sepasang sepatu.

“Bagi koleksi terbaru Dream On, kita meraikan pemakai sepatu terutamany­a mengenakan stileto dan kasut baji bertumit tinggi terus menikmati keselesaan dalam setiap langkah mereka.

“Kualiti kami tampilkan dalam koleksi DRM2 ialah lapik di bahagian tapak turut menggunaka­n suede yang mempunyai tekstur lembut.

“Tidak lupa dengan peredaran trend semasa, rekaan kali ini menampilka­n tona warna menarik sepadan dengan konsep Musim

Panas seperti merah jambu dan biru lembut yang juga meraih perhatian pengguna Instagram.

“Turut hadir dalam kempen Musim Panas Hush Puppies ialah seleksi terbaru seperti Sayer Malia sesuai buat mereka yang mahukan gaya elegan atau glamor. Sementara Livi Heather yang turut tampil dengan rekaan sangat fleksibel apabila mempunyai ciri mudah lentur bagi rekaan potongan ala balet,“katanya.

 ??  ?? 3. SEBAHAGIAN daripada 1,447 graduan yang menerima diploma pada Majlis Konvokesye­n Ke-17 Politeknik Seberang Perai, Permatang
Pauh, Pulau Pinang.
4. ANTARA pelajar sekolah yang hadir pada Program Kesedaran Keselamata­n Aktiviti Air di kawasan
Rehat...
3. SEBAHAGIAN daripada 1,447 graduan yang menerima diploma pada Majlis Konvokesye­n Ke-17 Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang. 4. ANTARA pelajar sekolah yang hadir pada Program Kesedaran Keselamata­n Aktiviti Air di kawasan Rehat...
 ??  ?? JEMPUTAN terdiri daripada pengamal media dan pelanggan
setia Jenama Hush Puppies.
JEMPUTAN terdiri daripada pengamal media dan pelanggan setia Jenama Hush Puppies.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia