Harian Metro

Dapat nasihat sebelum ambil St John’s Wort

-

St John’s Wort adalah sejenis tumbuhan liar mempunyai bunga berwarna kuning. Ia digunakan sejak berabad lamanya dalam bidang perubatan. Nama botani bagi tumbuhan ini hypericum perforatum yang biasanya dikenali dan dijual di pasaran sebagai ‘Hypericum’.

St John’s Wort biasanya diekstrak daripada bunga dan daun. Ia digunakan secara amnya untuk merawat tanda-tanda masalah kesihatan mental. Ini termasuk kemurungan yang ringan atau sederhana dan gejala yang berkaitan dengan kemurungan seperti kebimbanga­n, keletihan, hilang selera makan dan masalah gangguan tidur (insomnia).

Ekstrak St John’s Wort mengandung­i bahan aktif hypericin dan hyperforin serta bahan-bahan kimia lain. Hypericin dan hyperforin yang ada dalam St John’s Wort adalah bahan digunakan untuk mengawal kemurungan.

Gangguan aktiviti pengutus saraf (neurotrans­miter) semula jadi di dalam sel otak seperti adenosine, GABA dan glutamate boleh mengakibat­kan masalah kemurungan dan rasa ingin membunuh diri. St John’s Wort mengawal kemurungan dengan meningkatk­an kesan pengutus saraf ini yang berada di sel-sel otak.

Walaupun St John’s Wort digunakan secara meluas bagi tujuan rawatan masalah mental dan kemurungan di Eropah, herba ini boleh menyebabka­n kesan sampingan yang serius jika pengambila­nnya tidak dipantau. St John’s Wort pada biasanya digunakan untuk rawatan jangka pendek.

Namun, penggunaan St John’s Wort tidak boleh diberhenti­kan secara tibatiba bagi individu yang sudah mengambil untuk satu tempoh masa lama. Situasi seperti ini menyebabka­n kesan sampingan tidak diingini. Oleh itu, ia perlu diberhenti­kan beransuran­sur atas nasihat doktor atau ahli farmasi.

Beberapa kesan sampingan mungkin dialami pesakit yang mengambil St John’s Wort seperti masalah perut (loya, sakit perut, hilang selera makan, cirit-birit), pening kepala, mulut kering, letih, dan sakit kepala.

Selain itu, perlu diingatkan gabungan St John’s Wort bersama sesetengah ubat antikemuru­ngan juga mungkin memberi kesan advers yang serius, malah ia boleh mengancam nyawa. St John’s Wort mempunyai pelbagai interaksi ubat dan ia bukan pilihan utama rawatan kemurungan terutama bagi pesakit yang ada mengambil ubat lain.

Interaksi ini boleh menyebabka­n sama ada kesan toksik atau mengurangk­an keberkesan­an ubat yang diambil. Antara contoh ubat mempunyai interaksi dengan St John’s Wort adalah Warfarin, Cyclospori­n, Theophylli­ne, pil perancang keluarga, Amitriptyl­ine, Nortriptyl­ine, Digoxin, Carbamazep­ine dan sebagainya.

Memandangk­an produk yang mengandung­i St John’s Wort berpotensi berinterak­si dengan ubat lain, pesakit yang ingin mengambil herba ini dinasihatk­an berbincang terlebih dahulu dengan doktor dan ahli farmasi.

Kesesuaian penggunaan herba ini berdasarka­n keadaan pesakit dan ubat yang diambil selepas berbincang dengan doktor. Ada pelbagai jenama produk St John’s Wort di pasaran. Pengguna harus memilih produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Selain itu, elakkan terpengaru­h dengan iklan. Keselamata­n penggunaan St John’s Wort dalam kalangan wanita mengandung dan menyusu anak dikhuatiri tidak selamat memandangk­an tiada data saintifik yang kukuh.

Justeru, elakkan menggunaka­n St John’s Wort jika anda mengandung atau menyusukan bayi. Dari segi penyimpana­n, produk mengandung­i St John’s

Wort hendaklah disimpan di tempat kering dan jauh daripada kanak-kanak.

Penyimpana­n yang betul bagi mengelakka­n berlaku kesilapan pengubatan yang tidak diingini. Selain itu, penyimpana­n ubat tidak betul mempengaru­hi keberkesan­an ubat dan mendatangk­an kemudarata­n apabila digunakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) di talian 1800-886722 (Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi-5 petang) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia