Harian Metro

Sendi bahu sakit, kaku

-

Sendi bahu menjadi ketat dan sakit gejala utama bila seseorang menghidap sakit sendi bahu kronik dikenali sebagai ‘frozen shoulder’. Dua gejala utama penyakit ini ialah sakit dan kaku pada sendi bahu menyebabka­n pergerakan tangan pada sendi bahu terjejas teruk.

Sebelah malam sakit berdenyut-denyut pada bahu akan bertambah kuat terutama bila tidur mengiring pada sebelah bahu yang sama. Penyakit ini bukan saja memberi rasa sakit malah akan menyebabka­n status hilang upaya kerana pesakit tidak mampu menggunaka­n tangannya untuk melakukan aktiviti harian. Ramai orang menghidap sakit sendi bahu kronik ini, tapi tidak ramai mendapat rawatan berkesan jika dirawat oleh doktor yang kurang arif.

Biasanya julat pergerakan sendi bahu terbatas seperti berikut;

Tidak mampu mengangkat tangan lebih daripada paras bahu

Tidak boleh memusing tangan atau mencapai objek dari belakang

Oleh kerana dua pergerakan ini paling asas pada sendi bahu, maka sakit sendi bahu akan menjejaska­n aktiviti dan fungsi harian seseorang. Aktiviti seperti mengangkat, membaca surat khabar, menyisir rambut, menyidai pakaian, membuka coli dari belakang, menggaru belakang, mencapai barang di belakang , membuka baju-T keluar ikut kepala akan terjejas teruk.

Pesakit akan rasa kecewa bila menjadi orang yang hilang upaya.

Mekanisme sakit bahu biasanya rumit dan membabitka­n beberapa patologi secara serentak. Sakit pada sendi bahu tidak semestinya arthritis atau keradangan sendi bahu sahaja. Penyebab lain dikenal pasti ialah otot ‘rotator cuff’ di sekeliling­nya menjadi kejang dan sakit yang dinamakan sindrom myofascial.

Hampir 70 peratus pesakit mempunyai masalah keradangan pada tendon (tendinitis ) di sekeliling sendi bahu (rotator cuff muscle).

Selain itu, parut (fibrosis) yang berlaku pada kapsul sendi juga satu sebab sendi menjadi ketat dan susah digerakkan.

Dengan kata lain penyebab sakit sendi bahu boleh berpunca masalah pada struktur di luar dan dalam sendi itu. Doktor perlu bijak membezakan antara satu sebab dengan yang lain untuk rawatan lebih objektif. Jika tidak maka rawatan diberikan akan tersasar.

Punca sakit sendi bahu kronik:

Kecederaan secara langsung pada sendi bahu

Kecederaan berhampira­n bahu, seperti kepatahan lengan, tulang selangka

Jangkitan kuman dalam sendi bahu

Jangkitan virus herpes zoster (kayap) berhampira­n sendi bahu

Masalah perubatan lain seperti kencing manis

Sakit sendi kronik sepert osteoarthr­itis dan rheumatoid arthritis Strok

Penyakit cakera tergelinci­r dan sendi facet pada tulang leher

Sendi bahu tidak bergerak dalam masa yang lama

Sakit yang berpunca daripada sakit sendi facet tengkok dan torasik (belikat)

Kunci utama rawatan yang mujarab ialah mengenal pasti mekanisme menyebabka­n sendi bahu menjadi sakit dan kaku. Jika doktor hanya fokus kepada suntikan atau pembedahan sendi bahu saja, besar kemungkina­n rawatan akan gagal.

Dalam kes ini, anda mengalami sakit pada tulang belakang terutama kawasan tengkuk dan belikat. Besar kemungkina­n sakit sendi bahu berpunca daripada sakit sendi facet tengkuk dan torasik.

Sakit sendi facet torasik sejenis penyakit arthritis kronik yang berlaku pada sendi facet pada tulang belakang. Biasanya pesakit memberi simptom sakit pada kawasan belakang belikat dan tengkuk. Sakit boleh menjalar ke depan dada, sesak nafas dan perut banyak angin macam gastrik. Jadi strategi rawatan yang betul perlu difokuskan kepada kedua-dua masalah ini.

Bagi kes anda rawatan terbaik ialah suntikan radiofreku­ensi pada sendi facet torasik di samping suntikan ubat antiradang atau pelincir ke dalam sendi bahu yang sakit. Kedua-dua rawatan ini boleh dilakukan serentak. Biasanya rawatan dilakukan di dewan bedah di bawah panduan sinar-X. Bila sakit sendi facet torasik sudah terkawal, sakit bahu akan beransur sembuh.

Rawatan untuk sindrom myofasia pada otot bahu dan keradangan (tendinitis) tendon otot bahu perlu diberikan perhatian lebih kerana kedua-dua ini adalah patologi yang berlaku serentak. Suntikan ‘trigger point’ pada otot bahu yang sakit dan kejang biasanya adalah prosedur sampingan.

Kejayaan rawatan selalunya bergantung kepada pengetahua­n, kemahiran dan kecekapan diagnosis oleh seseorang doktor di samping teknologi sokongan seperti mesin radiofreku­ensi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia