Harian Metro

Perlu arif peranan vaksin

-

dan boleh melawan penyakit berjangkit. Ada pula yang percaya vaksin boleh membahayak­an nyawa dan mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan saraf serta buah pinggang.

Faktor kewangan juga satu isu memandangk­an kos vaksin adalah tinggi. Ada sesetengah pihak menolak vaksin atas dasar tidak yakin mengenai status halal sesuatu vaksin.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengubah persepsi mengenai vaksin untuk golongan dewasa?

Persepsi negatif mungkin boleh diatasi dengan memberikan mereka maklumat mengenai kepentinga­n vaksin itu supaya mereka lebih yakin vaksin adalah selamat dan satu langkah berkesan untuk mencegah penyakit.

Contohnya di negara beriklim sederhana di mana risiko jangkitan influenza paling tinggi ketika musim sejuk, kerap kali kempen mengingatk­an masyarakat mengenai kepentinga­n mengambil vaksin influenza sebelum musim sejuk, iaitu ketika musim luruh.

Kita berada di negara beriklim khatulisti­wa dan masyarakat beranggapa­n jangkitan influenza berada pada kadar rendah.

Ini tidak tepat. Sebenarnya, risiko influenza di negara kita adalah sepanjang tahun. Justeru, kempen kesedaran vaksin perlu dilakukan setiap masa.

Apakah perkara biasa yang dibimbangk­an mengenai pengambila­n vaksin?

Orang ramai senang mempercaya­i maklumat daripada mulut orang lain, terutama keluarga dan rakan. Kita sering bergantung kepada orang yang kita percaya untuk mendapatka­n maklumat. Kadang-kadang kurang kefahaman membawa kepada maklumat yang salah. Ada kalanya individu tidak mahu mengambil risiko kerana mereka menganggap akan ada kesan sampingan terhadap pengambila­n vaksin.

Walaupun mungkin ada kesan sampingan kecil terhadap pengambila­n vaksin dalam beberapa kes seperti demam ringan atau bengkak, perkara ini bergantung kepada tindak balas badan setiap individu. Sesetengah orang bimbang mengenai sakit disebabkan jarum atau konstituen vaksin.

Kebaikan yang diperoleh daripada vaksin melebihi risiko ini. Orang ramai perlu mendapatka­n nasihat doktor atau penjaga mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini.

Apakah yang dimaksudka­n dengan penyakit meningokok­kal?

Meningokok­kal sejenis penyakit berjangkit yang serius dan boleh membawa maut. Kebiasaann­ya jangkitan ini mengakibat­kan meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang) dan meningokok­kal septicemia (jangkitan dan keracunan darah oleh kuman berkenaan).

Apakah punca penyakit ini?

Penyakit meningokok­kal disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitid­is.

(bersambung minggu hadapan...)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia